Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Monday 18 November 2013

tenanglah wahai hati


mak, abah...rindunye :'(
rasa rindu sangat nk balik. nak peluk, nk cium pipi mak abah, nak cakap dengan mak abah supaya hati yang tengah sedih ni rasa tenang.
mak, orang rse susah sangat hadapi semester ni. rasa payah sangat nk terima ilmu. bila lecturer ajar kat depan, rasa lambat sangat nk faham. mak abah doakan ayang kat sini.
ayang tak nak pulang dengan tangan kosong. ayang mesti bawak hadiah kejayaan untuk mak abah.
ayang nk bawak mak abah masuk syurga firdaus dengan ilmu yang ayang ade ni..

mak, abah......
ayang selalu sedih dengan layanan orang lain pada ayang. mungkin diorang tak salah tapi ayang yang terlalu sensitif. mak, hati ayang ni kenape ye? selalu sedih.
mak, rindu nk peluk mak. nak tengok mak tido, nk cakap2 dengan mak...kalau mak dekat kan bagus.. tengok muka mak mesti dapat tenangkan hati ayang ni.
mak, abah...ayang rindu. rindu sangat :'(

Allah, jagakan mak dan abah dunia dan akhirat. berikanlah kasih sayang-MU pada mereka seperti mana mereka mereka menjaga aku dengan kasih sayang mereka.



Sunday 17 November 2013

KALAU ITU TAKDIRNYA

 kita merancang, Allah juga merancang. 
tapi perancangan Allah itu pasti jauh lebih baik.

kalau kau tanya aku, hati aku ni milik sape. pasti kau lebih tahu jawapannya. 



Thursday 23 May 2013

menagih kasih episod 1

sayup-sayup kedengaran nyanyian sang cengkerik. mungkin kerana malam hampir tamat,
siang pula melabuhkan tirainya..
pagi ini hatiku rasa sayu dan terharu..setelah lama tidak terjaga untuk mengerjakan solat sunat tahajud. pagi ini Allah mengizinkan aku sujud kepada-Nya.

pagi itu di hadapan bilik kuliah................
 "hoi ran! kau buat ape ni sorang2..termenung jauh nmpk..ha ade orang baru dalam hati ye ran?"
terjah dina pd kawan baiknya.

"eh mana ada..aku ok jelah. kau ni pagi2 lagi dh sergah aku. terkejut tahu tak."
balasku sambil memuncungkan mulut.

"alaaa sergah sikit je pun terkejut. kau tahu tak...sekarang ni aku perhatikan, kau dh byk berubah.kau tak banyak cakap.kenapa weh?"

"emmm mana ade. aku ok je lah. x caye meh letak tangan kat dahi aku."
aku mengambil tangan dina dengan pantas.

"ish kau ni, aku serius kau main2 pulak. aku seyes ni ran.kau ade masalah ke?
berkerut2 muka dina mahukan kepastian.

"eh dah pukul 2 lah. kejap lagi kan miss zana nak ajar analog. dah2..jom masuk."
sengaja aku mengalihkan perhatian dina daripada terus menyoal aku itu dan ini.

************************************************************************


"HOI! engkau ni pekak ke bisu ha/ aku tanye elok2 jawablah!"

"pakcik...rania x pegi mana2 pun. rania pegi kelas je. betul rania x tipu."

"cukuplah rania oi. telinga aku ni dh naik panas dah dengar macam2 orang cakap pasal kau dengan hakimi tu. engkau ingat aku pekak ke rania oi?"

"pakcik, tu semua fitnah. rania x penah pun keluar dengan hakimi. kami sekadar bertembung di pagar sekolah tu adelah. tapi rania x penah pun bercakap-cakap dengan kimi."

"oooohh engkau sekarang dah pandai menipu aku. dah pandai melawan cakap aku!."

PANGGG!
merah menyala pipi rania ditampar kasar oleh pakciknya.

"engkau pegi masuk bilik sekarang rania. sebelum aku bunuh kau hidup-hidup!!budak tak sedar diri. dahlah ayah penjenayah. anak pulak kaki penipu."
zahar terus-menerus memaki hamun anak buahnya itu.

dengan sedu sedan dan terhincut-hincut rania berjalan ke bilik. walaupun hatinya sebal. namun di gagahkan jua kakinya untuk terus melangkah.

ibu pernah pesan
"rania, api jangan di balas dengan api. ia tidak mungkin akan padam. hanya ada satu cara saja unuk memadamkan api iaitu air. siramlah api itu dengan air. pasti semuanya akan selamat."

ibu...aku sungguh rindukan dirimu. terlalu cepat engkau pergi. ibu....
rania menangis di birai katil memeluk gambar ibunya.



************************************************************************












Saturday 18 May 2013

sekali dia tanye kat aku daaa.......

my friend : hani, y there's no different between muslim and non-muslim nowadays?
me: y u say like that?
my friend : bcoz muslim not wearing this (their finger point at my head)
that's mean tudung.
me : .......(terdiam sebentar)
ok, let me explain, they are muslim, but maybe she's not get hidayah yet.
my friend : and y there are so many muslim eat at non-muslim restaurant?
dun they feel scared?
me : erm.......maybe there are muslim chef at that restaurant?

allahurabbi, jagalah iman di dada kami.
agar ia sentiasa bertambah. bertambah dan bertambah.
jangan engkau kurangkan. sentuhlah dan peluklah hati kami
agar kami tetap teguh di jalan-MU ini.


perbezaan itu mengeratkan.

pernah x kita terfikir. macam mana mak ayah kita boleh mendirikan rumahtangga.
padahal mereka mempunyai 100001 perbezaan.
mungkin yang sorang tu tak berapa nak cantik sgt. yang sorg tu hensem.
mungkin yang sorg tu pemarah, tapi psgnnya seorg yang cukup penyabar.
ade pulak yang byk ckp, tapi psgnnya pendiam.
ade tu yang garang, tapi pasangannya alahai lemah lembut.

ya Allah, everything happen in this world, has their own reason. only u know it :)

cuba kita bayangkan, kalau la dua2 pasangan suami isteri tu semuanya sama.
perangainya sama, tabiatnya sama. feveretnya sama..alahai i might be bored right?

isteri : walid nak mkn ape hari ni?
suami : nak makan nasi goreng la sayang..
isteri : oh, sayang pun nk mkn nasi goreng jgk :D
ok, situasi ni nmpak seronok kan? sbb ade persamaan...
next~~

isteri : walid nak buat ape hari ni?
suami : nantukla sayang. walid nak tido.
isteri : a'ah la. sayang pun nantuk jgk. jomla kte tido.
suami : eh abis tu sape nak lipat kain tu syg?
isteri : ala xpe, nanti2 blh lipat..
ok.....sekarang dh nmpak masalahnye kan? :D
next~~~

isteri : abang...mana sayang letak beg tangan sayang tdi ek? alaaa lupelah
suami : ntahla yang, abang x ingat la pulak.
isteri : abg ni........
see?? x seronokkan? sebab dua2 pelupa..masalah x setel. tapi si isteri merajuk pulak.

 ok..sebab tu lah Allah bagi pasangan yang ada habit kontra dgn kita. supaya rumahtangga aman bahagia. x boring dan saling melengkapi. nice to say la hani. but not nice to face lah hani !!

ok2...cool cool..jgn marah saya. ni Allah ade pesan dalam al-quran tau :
" perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. begitu juga dengan sebaliknya."

jadi...kalau nk psangan yang baik. kita dulu kena jadi baik. kita dulu kena berubah jadi soleh/solehah. barulah Allah hadirkan insan istimewa yang terbaik buat diri kita.



Tuesday 14 May 2013

start counting my age now~

hepy besday to me...hepi besday to +lokman chailan ..hepi besday to ct hajar azizan...hepy besday to us.. :D 14 mei 1992..

ALHAMDULILLAH...untuk ke 21 tahunnya saya sudah di beri peluang menikmati kehidupan.
walaupun terlalu byk dosa yg telah sy lakukan, namun Allah masih beri peluang untuk sy mmperbaiki setiap langkah menuju-NYA kelak.
Allah, tetapkan aku di jalan-MU ini.

syukur, syukur yg tak terhingga ^_^
kpd kwn2 yang tersayang, yg dekat mahu pun yang jauhhhhhhh nun di sana.
terima kasih + syukran jazilan kerana mendoakan dan mengingati hari dimana saya sebagai hamba Allah ini di lahirkan.
ketahuilah kawan yg sebenar2nya adalah 
apabila berjauhan, 
di rindui.
apabila dekat, disayangi dan di  dikasihi.
apabila salah, di betukan.

apabila marah, di redakan dengan hikmah.
semuanya di lakukan kerana Allah yang Maha Esa.



mak, abah....rindunya ayang pada mak abah.
ulangtahun ayang ni rasa macam x lengkap tanpa mak abah di sisi.
walau mcm mne jauh skali pun ayang, tapi ayang akan sentiasa doakan mak abah.
mudah2an bahagia di dunia dan akhirat.
ayang janji ayang akan tutup aurat, jaga solat, jaga hubungan dgn Allah. jdi anak yang solehah.
dan ayang janji akan bawak mak abah masuk syurga :)
kasihmu sampai ke syurga. xkan pernah hilang.
xkan pernah padam.
i love u mak.

i love u abah.







Friday 10 May 2013

ya Rasulullah :')

link lagu hafiz hamidun-kasih padamu

ya Rasulullah, berikanlah syafaatmu kepadaku pada hari tidak ada pertolongan bagiku.
ya Rasulullah, cambahkan rinduku padamu..
wahai kekasih Allah, semoga ada rezeki buatku untuk bertemu denganmu di hari kemudian.


kami merinduimu ya Rasulullah

Tuesday 7 May 2013

ibu....! jgn tinggalkan Adila.



“Adila..ibu ade sesuatu nak beritahu pada kamu.”
“ibu, adila ade keje kat pejabat sekarang ni. Balik nanti ibu beritahu Adila la ye.”
Telefon terus di letak….sunyi sepi rumah itu. Hanya alunan zikir memuji Allah kedengaran dari corong radio.
“abang…..mia sunyi tanpa abang di sisi. Alangkah seronoknya kalau abang masih ada..nanti mia pasti akan bertemu abang di sana.abang tunggu mia ye.”
detik hati tuanya..
Petang tu, Adila pulang ke rumah ibunya. Tapi aneh kelibat ibunya langsung tidak kelihatan. Selalunya ibu akan menyiram pokok-pokok bunganya di halaman rumah.
“ibu!!!!....ibu kenapa ni bu? Ibu bangunlah…ibu bangunlah adila dah balik ni.”
Adila segera membawa ibunya ke hospital. Bekalan oksigen dipasang. Denyut nadi ibunya waktu itu terlalu perlahan.
berkerut-kerut wajah tua ibunya menahan sakit. Adila tidak mampu berkata-kata. Esak tangisnya semakin kuat kedengaran.
“Cik Adila, saya harap Cik Adila dapat terima berita yang saya beritahu selepas ini dengan tenang..” tutur Doktor muda yang merawat ibu Adila.
“kenapa Doktor? Ibu saya sakit apa Doktor?”
“ibu cik sebenanya mengidap kanser payudara. Sekarang sudah tahap ke-empat.bersabar ye cik. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan ibu cik dapat bertahan.” Ketika itu, hatinya bagai direntap!
berkecamuk fikirannya.


Seakan mahu meraung sekuat hati. Mujurlah masih ada iman di dada.
setelah beberapa jam, barulah Adila dibenarkan bertemu ibunya.
“ibu, maafkan Adila bu. Adila kurang beri perhatian pada ibu. Sampaikan Adila tak tahu ibu menderita. Adila minta maaf bu.” Esak tangisnya makin kuat kedengaran. Namun ibunya hanya kaku di pembaringan. Wajah redup ibunya di pandang dan di kucup berkali-kali..
“ibu…bangunlah.Adila rindu nak dengar suara ibu. Adila rindu nak tengok senyuman ibu.bu bangunlah..pandanglah sini.anak ibu kat sini dengan ibu.ibu……..”
Selang beberapa hari..ibu Adila kembali ke pangkuan Yang Maha Esa.
Adila melangkah longlai ke dalam bilik ibunya.haruman ibunya masih bersisa. Senyuman manis ibunya masih terbayang-bayang di ruang mata.
Adila menemui surat yang ditujukan khas untuknya.

“anakku sayang, ibu tidak mengharapkan wang ringgit berjuta darimu. Ibu Cuma berharap anak ibu ni sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang solehah. Taat pada perintah Allah.
walaupun ibu tiada disisi Adila, doa ibu sentiasa mengiringi, kasih ibu sentiasa untukmu anakku. Ingatlah anakku, kemana sahaja kamu pergi. Kamu membawa nama ayahmu. Maka jagalah akhlak dan peribadimu. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati kamu anakku Nuradila.”

Ibu yang sentiasa menyayangimu,
mia zuraidah~





Allah, terimalah taubatku ini



Jom kita renung-renungkan ayat 53 dalam surah Az-Zumar :  firman Allah

“ hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


MOGA TAUBATKU DITERIMA….

usah merasa gah dengan dunia. ianya pinjaman sementara



Situasi 1 :

Ahmad seorang jurutera yang Berjaya.hidup mewah dan kaya-raya. Ahmad terlalu sayang pada harta-hartanya, rumah besarnya dan kereta mewahnya.tidak sedikitpun di kongsikan dengan anak-anak yatim dan fakir miskin.
Satu hari, rumah mewah miliknya habis terbakar, kereta mewah miliknya terlibat dengan kemalangan.malah ahmad sendiri terbaring tidak bermaya di atas katil hospital.Allahuakbar! Allah Maha Besar.

“dan janganlah engkau berjalan dibumi ini dengan sombong. Kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung.”
(surah al-israk ayat 37)

Situasi 2 :

Qaseh baru sebulan mengikat tali pertunangan dengan orang yang teramat dia kasihi, zaid.
zaid seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab. Semasa zaid dalam perjalanan ke rumah qaseh untk membawa qaseh mencari cincin nikah mereka. Zaid terlibat dengan kemalangan yang akhirnya telah meragut nyawa zaid.
Berminggu-minggu qaseh mengurung diri dalam bilik.bukan dia tidak redha dengan ketentuan Allah, Cuma hatinya hiba, orang yang dia cintai hilang sekelip mata.


Ibu qaseh memujuk “qaseh, yang pergi biarlah pergi. Yang hidup perlu teruskan perjuangan. Jika Allah ambil sesuatu dari kita, insya’allah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Terima semuanya dengan hati terbuka ye qaseh.”

“tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu,jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada rang yang bertaubat.”
(surah al-israk ayat 27)

 

 akhirat yang kekal abadi :)


sepintas dakwah..bekalan akhirat




Mari kita lihat ayat-ayat al-Quran yang mengandung pengertian DAKWAH. Antara ayat-ayatnya ialah:

Surah 3 (Ali-Imran) ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada , menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya.”

Surah 16 (An-Nahl) ayat 125:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dari pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahuitentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Surah 9 (At-Taubah) ayat 71:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian merela menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Surah 2 (Al-Baqarah) ayat 256:
“Tidak ada paksaan untuk (memasuli) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang engkar kepada Tharut (Syaitan) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada buhul (tali) yang kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Berdasarkan kepada empat-empat ayat al-Quran ini dapatlah disimpulkan hikmahnya bahawa:

a. Dakwah bererti seruan agar mengambil kebaikan, melakukan amal ma’ruf serta mencegah serta menjauhi kemungkaran. Dapat juga didefinasikan sebagai upaya untuk mengubah manusia baik perasaan, pemikiran, tingkah lakunya dari jahiliyyah kepada Islam, atau dari yang sudah baik kepada yang lebih baik.

b. Dakwah merupakan salah satu kewajipan orang Islam baik lelaki ataupun perempuan untuk membantu orang lain meningkatkan ketaatannya kepada Allah sesuai ajaran Islam.

c. Dalam memberikan seruan atau dakwah wajib dilakukan dengan hikmah, lemah lembut dan tidak dengan paksaan, sesuai dengan konsep dasar Islam serta dakwah Rasulullah SAW sebagai contoh (uswatan hasanah) bagi umatnya.

Dengan berpedomankan (berpandukan) ayat-ayat al-Quran diatas serta Sunah Nabi Muhammad SAW, keupayaan dakwah Islamiah (penyebaran Islam kepada non-Muslim) sepatutnya dijadikan standard (uswatun hasanah) bagi umat Islam untuk melakukan kerja-kerja dakwah.

Dakwah harus dilakukan dengan penuh hikmah dan hati-hati. Agama, adat resam dan budaya mereka tidak ditentang begitu sahaja. Pendakwah (Dai’e) harus memperkenalkan keluhuran budi pekerti berdasarkan Islam, memberikan tutur kata yang sopan, lemah lembut, menghormati kepada yang lebih tua dan menyayangi semua. Tidak boleh bertindak berlebihan kerana itu sifat tercela, harus berani menjaga kebenaran agama, bersabar, tawakal kepada Allah dan jangan menyakiti sesama saudara.

tenangnya apabila mendekatimu..



Sejak kebelakangan ni aku dan kawan-kawan rajin pula menapak ke sawah padi menghirup udara segar sambil menikmati keindahan ciptaan Allah.
 
di suatu sudut. aku terlihat sekumpulan pelajar perempuan seperti
sedang membincangkan sesuatu. Di tangan masing-masing membawa senaskhah buku tebal.
Entah kenapa petang tu aku terasa ingin tahu apa sebenarnya yang 
sedang mereka bincangkan.aku mula mencuri dengar.
oh rupa-rupanya mereka sedang berkongsi-kongsi ilmu agama. Buku tebal yang mereka bawa itu adalah al-quran.

Ya Allah jahilnya aku. Malunya aku pada-MU.
facebook selalu aku buka,tapi al-quran jarang sekali aku buka.
apatah lagi untuk memahami isi kandungannya.

Sejak hari itu,aku bertekad untuk berubah.alhamdulillah aku di temukan dengan seorang kakak yang mengendalikan usrah. dia banyak membantuku. 
sering mengajakku mengikuti program-program yang berunsur islamiah
dan mengingatkan aku kepada Allah semasa aku susah dan senang.

Benarlah kata orang.”jika kita punya niat yang baik insya’allah Allah akan tunjukkan jalan.”
buktinya Allah berikan aku hidayah, Allah anugerahkan seseorang untuk menjadi teman memimpin aku ke jalan yang benar, dan kini hatiku merasa sangat tenang.syukur Alhamdulillah :) :)







FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AT-TAUBAH
AYAT 20 :
“ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH DENGAN HARTA DAN JIWA MEREKA, ADALAH LEBIH TINGGI DARJATNYA DI SISI ALLAH. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MEMPEROLEH KEMENANGAN.”