Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Wednesday 25 July 2012

taubat


TERIMALAH TAUBAT HAMBA BERDOSA

Hati hiba mgenangkan dosa2 yang ku lakukan.
oh tuhan Maha Kuasa terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini.
Ku kesali kejahilan ini.
terimalah..terimalah.. Terimalah taubatku ini..
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan.
kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya tuhan.
Ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini.
ku kesali kejahilan ini.
terimalah terimalah terimalah taubatku ini.
di hamparan ini ku meminta moga taubatku di terima.

“ ….when you feel all alone in this world and there’s  NOBODY to count your tears….
just remember, no matter where you’re Allah knows.”

“dan Dialah yang menerima taubat hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
( as-syura : 25 )

Jom kita renung-renungkan ayat 53 dalam surah Az-Zumar :  firman Allah

“ hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


MOGA TAUBATKU DITERIMA….

Monday 23 July 2012

menanti di syurga


“Ya Rabb kami, janganlah engkau menjadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami.”
( al-Imran : 250 )


Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
Setelah Allah selesai menciptakan jibril as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat. Setelah itu jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata : “wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?”
lalu Allah berfirman yang bermaksud “tidak.”
Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
 “wahai jibril, kamu telah menyembah-Ku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadah kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdoa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.



 Maka, demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”
Kemudian Jibril berkata : “ ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman : “ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” kemudan jibril meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah jibril mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah jibril dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia megembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah jibril selama 300 tahun sehingga dia merasa penat dan letih. Akhirnya jibril turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah lalu berkata dalam sujudnya : “ ya tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah berfirman : “wahai jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat nabi Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….”