Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Thursday 30 June 2011

that's true....

kenapa mesti aku??
 kenapa asyik aku?? why....?!!
keluhan-keluhan macam ni selalu ita dengar kan? kdg2 kita pun sebut ayat ni bila kita ade masalah kan?
yup! manusia tak pernah terlepas dari perasaan keluh kesah, gelisah, murung, berdukacita
ketika berhadapan dengan masalah...begitu juga ana..
tapi sahabat2 pernah dengar tak kata2 hikmah ni?

orang yang bijak yang sebenarnya adalah
orang yang bijak menguruskan stress.
ya sahabat2ku..ana teringat pesan lecturer english ana.."sabar itu indah"
walaupun perjalanan menuju kejayaan tu menyakitkan tapi pasti ade penyembuh di perhentian jalan yang pasti dapat mengubati luka tadi..Allah itu kan maha adil, maha penyayang...
DIA tak akn membebani hambanya dengan dugaan yang kita tak mampu tanggung..
percayalah wahai sahabat, kalau kamu berduka, kalau kamu mengalirkan air mata.
biarkan air mata itu menjadi penguat semangat kamu.
tak ade seorang pun manusia yang diciptakan terlalu kuat sampai tak pernah keluar setitis air mata pun dari kelopak matanya..
dengan air mata itu lah akan mendekatkan kita kepada PENCIPTA kita.
kerana air mata itu lah kita dapat meluahkan perasaan pada yang MAHA ESA.
bersyukurlah wahai sahabat andai dugaan datang mendekati kamu.. 
kerana kita manusia biasa, kerana kita hambaNYA, kerana DIA terlalu sayangkan kita.
maka kita diberi bermacam2 dugaan.


dalam meneruskan perjalanan hidup ini,
Allah hadiahkan kita sebuah perjuangan hidup yang kadangkala....
menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri,
kadangkala sahabat disisi tidak sehaluan,
kadang sakit yang mendatang,
kadang cemerlang gagal di genggam..
namun.....
itulah yang harus dihadapi, lumrah kehidupan..
bukan semuanya manis, tetapi tidak semuanya pahit.



maksud firman Allah :
dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu.
tetapi, boleh jadi kamu menyenangi dan menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu.
(AL BAQARAH ayat : 216)

letakkan pengharapan pada PENCIPTA.
bukan pada CIPTAANNYA.


sewaktu ana jatuh tersungkur. rebah ke bumi..ana rasakan saat tu dah takde kudrat untuk ana bangkit..
malah untuk ana merangkak pun tiada daya..tapi saat tu.....
Allah berikan ana sahabat2 seperjuangan yang sangat baik. terlalu baik..
ana mulai sedar, ana mampu bangkit semula walaupun yang tinggal hanya sisa2 semangat..
"takpe sahabatku..kutiplah semangatmu itu andai itu saje yang mampu buat kau berdiri semula"
itulah kata2 sahabat kesayangan ana..erat tangan ana digenggam.
tubuh ana diusap. hati ana dipujuk..subhanallah jasamu terlalu banyak padaku sahabat!
aku bersyukur! terlalu bersyukur ade kau mnjadi pendampingku saat aku terjatuh.


kita bukan keseorangan di dunia ni..

sometimes
Allah breaks our spirit to save our soul..
HE breaks our heart to make us whole..
HE send us pain so we can be stronger..
HE sends us failureso we can be humble.
HE sends us illnessso we can take care of ourself..
sometimes,
Allah takes everything from us so we can learn the value of everything HE gave us.
Allah is always with us..
truth triumph is Him's right.


indahnya persahabatn itu andai bersulamkan keikhlasan dan kejujuran!
terima kasih ya Allah kerana kau masih memberikan ku
sahabat2 yang setia di jalanMU..

AKU TERLALU RINDUKAN KAMU SAHABAT2KU!!

Ketahuilah wahai sabat kesayanganku..coretan ini sebagai tanda aku sentiasa mengingati kamu semua.
kalau ajal datang menjemputku, aku hanya mahu kau tahu..kamu semua sahabat terbaikku!
yang selalu ada dalam doa2ku,
yang selalu ade dalam hatiku..
semoga persahabatn ini kekal selamanya..=)








kawan2...saya rindukan kamu semua!!^_^




ya Allah, aku rindukan Dia

hari ni aku habiskan setengah hari dlm bas.
perjalanan hanya 3 jam 5tapi ku rasakan sperti 10 jam!!
masya'allah bila nak smpai rumah ni...aku bertambah gelisah. sungguh! hati aku gelisah.
entah ape bakal aku hadapi spnjg perjlnan ni..hanya ALLAH sje yang tahu.

mata...ape yang kamu lihat?

telinga ape yang kamu sedang dengar?

otak..ape yang sedang kamu fikirkan??

hati..ape yang membalutimu saat ni?

aku berbicara lagi sendirian..habiskan destinasiku dengan bermacam2 persoalan yang tiada jawapan!
aku terpandang sesuatu yang entahkan menarik entahkan tidak. aku sendiri tak pasti..
hati..kenapa kau berbisik sendiri?? ape yang merunsingkanmu wahai hati? jawablah hati! jawablah!!
aku termenung lagi smapailah aku tepandang seorang lelaki tua,
seorang perempuan tua bersama cucu mereka ..

aku terlihat sinar mata nenek dan atuk itu tumpah pada cucu mereka..
ya! ade sinar kasih yang begitu sarat..aku terkesima.
walaupun nenek dan atuk tu jalan dengan begitu susah. terbongkok-bongkok..sambil memaut tongkat tuanya namun erat tangan mereka pada cucu yang sorang tu tak terlepas. sedikit pun x longgar! subhanallah..

oleh kerana takde tmpat duduk kosong selain di sebelahku..mereka menyuruh cucu perempuannya duduk di sebelahku..
aku kira2 adelah dlm setiap satu minit berulang-ulang si atuk dan si nenek memandang cucunya di sebelahku..
aku bukan penculik, aku x usik pun si comel tu..aku cuma memerhati smbil tersenyum..
tapi aku pasti, mereka memandang cucu mereka bukan kerana aku. tetapi kerana kasih sayang yang tumpah pada cucu mereka.. Ya Allah, aku terpegun dengan nilai kasih sayang dan keprihatinan atuk dan nenek itu ya Allah..otakku ligat berputar mengigatkan mak dan abah.
ya!! aku rindukan mereka ya Allah..aku terlalu rindukan mereka...

masa terus berlalu...tiba2 si kecil tadi yang aku agak lebih kurang sebaya anak sedara kesayanganku itu memandang ke luar tingkap.
sambil menunjukkan ke arah luar..deretan gerai di tepi jalan.

"cu nak jajan ke?" tanya si nenek
mata si kecil itu dipandang olehku..si comel tu tak berkata ape..tapi atuknya terus tekan lonceng...
turun kat situ jugak..aku terpempan dengan tindakan si atuk.
sanggup si atuk dan nenek tadi turun semata-mata memenuhi kemahuan cucu kesayangan mereka.subhanallah!! aku terharu dengan kasih sayang itu..aku terkesima.
alangkah baiknya kalau aku juga begitu...

tapi nikmat Allah tu sntisa melimpah..aku juga beruntung, dapat kasih sayang yang cukup dari TUHANKU.
aku dikurniakan dengan nikmat iman dan islam.alhamdulillah.
aku dapat kasih sayang dari mak abah. aku dapat didikan agama yang sempurna..
aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan melihat ape yang berlaku dihadapanku tadi.
aku lihat dengan mata hati....otakku ligat berfikir..berfikir dan terus berfikir..


mase bas berhenti lama. aku pandang ke satu sudut..
sebuah kereta mewah. pemiliknya orang islam. ya orang islam..alhamdulillah..hatiku sedikit berbunga
lama aku perhatikan isi kandungan kereta mewah tu..
ade 3 orang, aku agak sepasang suami isteri dan seorang anak lelakinya.


masa bas berjalan, kereta mewah tu juga berjalan..
mase tu aku terpandang..anak lelaki mereka tunjuk ke arah gerai2 makanan di tepi jalan..sambil menepuk perlahan bahu ibunya.
tapi wajah si ibu kelihatan marah. sambil menengking anak kecil itu..
aku lihat tadi kanak2 itu tak bersuara langsung, hanya perlakuannya memberitahu si ibu dan si ayah bahawa dia mahukan sesuatu..
dan kemahuan si anak tu bukanlah barang yang mahal..hanya kacang rebus!
tapi mendapat habuan marah dan tengkingan dari ibunya..
YA ALLAH, aku sedeh ya allah. aku sedeh melihatkan bangsaku begitu..

aku sedeh ya allah kerana nilai kasih sayang yang engkau kurniakan itu tidak di gunakan oleh hambamu.
aku mula buat pertimbangan dan perbezaan.
sahabat2 tahu tak kenapa saya begitu sedih??
kerana situasi pertama tadi adelah bangsa cina. sudah tua terbongkok-bongkok pun masih sayangkan cucu mereka.
tapi situasi yang saya lihat ini adalah bangsa saya sendiri wahai sahabat.
bangsa melayu, beragama islam..
saat ni wajah mak dan abah mula bermain-main di ruang mata
aku rindukan mereka ya allah..!!


Ya Allah, andai perjalananku ini tidak sampai ke destinasiku maka aku mohon ya Allah..
engkau lindungi ibu dan ayahku.
kau sayangi mereka sepertmana mereka menyayangi aku ya rabb....
kau lindungi mereka ya allah..
kau peluklah hati2 mereka dengan kasih sayangmu ya allah.
aku terlalu sayangkan ibu bapaku ya allah....
hanya engkau yang mengetahui betapa aku terlalu sayangkan mereka..terlalu sayang ya allah..
kau lindungi ibu bapaku setiap saat dan waktu ya allah..
dan kau tempatkan mereka dalam golongan ahli2 syurga firdausmu ya allah



hari ni aku dapat pelajaran yang sangat hebat..aku tahu walaupun aku bersendirian..
sebenarnya tidak. ALLAH sentiasa ade bersamaku...
ALLAH sentiasa bersama kita...bila hatiku mula berbicara, aku tahu hatiku sebenarnya sedang berbicara dengan PEMILIKNYA..kerana hati ini milikNYA..
kerana rasa cinta yang aku rasa waktu ni juga milikNYA...
aku pasti..aku bukan bersendirian waktu ni...
allahuakbar..DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA!

Monday 27 June 2011

semua ni hanya pinjaman.


perjalanan kita baru bermula..
tak tahu bila akhirnya..
 Biamillahirrohmanirrahim..alhamdulillah
Assalamualaikum..hari ni ade SOMETHING yang ana sungguh2 nak tahu.
nak tahu sgt2.......sgt3....em ape lah tu yek???ana nak tahu sgt...................


pasal DERMA ORGAN!!
 ana teringin sgt nak tahu..sooo pagi2 lagi ana da search kt komputer pasal mende ni..
ana dapat byk info menarik..n mesti lah ana nak share dengan sahabat2 sume! ^_^
ni link yang ana nak sahabat2 sume buka klu ade kesempatan=)http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/06/09/derma-organ-orang-meninggal-dunia/

ana terbace psl hukum mendermakan organ kepada orang lain..
jwpn yang dapat ana huraikan kat sini ialah ~
mrnderma organ kepada yang hidup itu diharuskan dalam islam...
diharuskan sekiranya : 1) terdesak dan mustahak
                                  2) kematian penderma telah dipastikan sebelum pemindahan organ dijalankan
                                  3) pendrema organ iklas berniat utk menderma kerana Allah ta'ala..
                                  4)kebenaran diperlukan dari penderma dan ahli keluarganya.



hanya orang yang terpilih saje yang mendapat hidayah untuk melakukan
pendermaan organ ni..alangkah bertuahnya orang tu..
ana selalu terfikir..dah lama nak tahu jawapannya..alhamdulillah baru hari ni ana dapat jwpan tntg persoalan yg dah lame berserabut dlm kepala ana ni..
ana pernah tanya pada ahli keluarga..mak, along, angah, dan kawan2..

soalannye cmni.."mak, kalau kita derma organ ape jadi kat badan kita?"

"along..along,kalau kita derma organ nanti kat padang mahsyar kita dibangkitkan dlm keadaan camne?"

emm dik, pernah terfikir x nak dermakan jantung?"
"tapi jawapan yang ana dapat xmemuaskan hati ana..

 mak n along kata nanti roh kita tersiksa bila tgk badan kita diambil organnya..tapi ana x rasa cmtu..
sebab bagi ana,
 ape yang kite ade hari ni sume pinjaman..sume pinjaman semata-mata.

jom tambahkan white spot dalam hati kita!
 x salah kan kalau kita bagi pinjam pada org yang memerlukan pulak lps kita mgadap Ilahi??

ya..ana dapat jwpnnya hari ni..alhamdulillah.alhamdulillah..

Pendermaan Organ Sebagai Sedekah jariah
Menurut ulama  terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah.

 Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa
daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian,
adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.
Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:
* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

ana rase bersyukur sangat lps dapat info ni..
utk persoalan badan orang yang dilukakan utk tujuan pembedahan membuatkan roh jenazah menderita pula, ana dah jumpe jwpannya....~
 tiada dalil yang menyokong dakwaan tersebut. yang ade hanyalah tuntutan memuliakan jenazah. dalam erti kata lain menutup aib si mati.

Tiada banyak hal yang boleh dijelaskan berkenaan urusan alam ruh melainkan serba sedikit yang dinyatakan nas Quran & hadith. Firman ALLAH;
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.”
(Al-Isra’:85)
WaLLAHu a’lam.


. Berkenaan segala urusan dan proses untuk menderma organ, sila hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional di talian bebas tol 1-800-88-9080 atau lawat laman web http://www.agiftoflife.gov.my/

ana harap satu hari nanti hati ana betul2 reda dan ikhlas untuk jihad di jalan Allah..
walaupun kita bukan di medan perang tapi berperang dengan hati dan perasaan tu lebih utama dan lebih membimbangkan..hanya Allah saje yang tahu hati kita..hanya DIA..

ya ALLAH, pimpinlah hati-hati kami menuju keredhaanmu ya ALLAH..
sesungguhnya hati ini milikmu YA RABB..
ana lawat blog seorng hamba Allah ni..ramai yang sudi menderma organ..ya allah,ana betul2 terharu ramai rupanya umat nabi muhammad yang sanggup berkorban demi masa depan org lain..
http://fauzanibrahim.wordpress.com/2008/01/02/derma-organmahu-atau-apa/
dan masih ramai yang memerlukan organ..buah pinggang, jantung, mata, hati..semoga jumlah penderma organ semakin bertambah.
ya, ana harap pintu hati ana terbuka untuk mencari keredhaan Ilahi..subhanallah!
untuk membantu mereka yang memerlukan..

ahlan wa sahlan bagi sahabat2 yang sudi berkunjung ke blog ana yang biase2 ni...syukran sangat2 ye.
semoga kita berjumpa lagi nanti..^_^
assalamualaikum


Harta dunia akhirat ^_~

harta dunia akhirat.

assalamualaikum..
hai slmt berjumpa lagi sahabat2 yang ana kasihi..=)
kali ni ana nak kongsikan kegembiraan ana pada pembaca2 sume..ana ni xlah kaya harta.harta yang ana ada hanyalah keluarga n sahabat2..
tapi xpe,walaupun ana x kaya harta..ana kaya dengan kasih sayang dan ana rase sgt3 bersyukur^_^


jom kite jengah sebentar di ruangan sabda kekasih Allah :

   lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu,
dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu.
ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah..(riwayat muslim)


rasulullah sayangkan kita!
Allah hanya membenarkan umat selain nabi muhammad masuk syurga
hanya selepas umat nabi muhammad yang menghuni syurga tersebut..
BERUNTUNGNYA KITA!

ape sebenarnya harta dunia dan akhirat yang ana maksudkan tadi ye??
sebenarnya tiada yang lebih berharga dalam dunia ni selain keluarga kita..x kira lah macam mane teruk pun prgai mak ayah abang akak atau adik kita..mereka sume tetap keluarga kita.

ana sayangkan family ana, biarlah ape pun jadi pada ana yang penting ana nak lihat mereka bhgia..bahagia.tu je harapan ana. ana cukup puas bila ana dapat lihat senyuman terukir di wajah family ana..ana masih ingat saat ayah tersenyum bile dapat taw result spm ana.ana gembira.terlalu genbira lihat senyuman di wajah kesayangan ana tu..Allah saje yang tahu betapa riang, girangnye hati ana mase tu..=D
ana ade satu harapan yang belum dapat ana tunaikan..ana harap sgt2 dapat tunaikan haji n umrah bersama mak ayah ana..
ana dah lama idamkan saat tu..mudah2an Allah dengar setiap doa2 ana..mase tu ana lah orang yang paling bahagia!! insya'allah..insya'allah hari tu akan tiba nanti.=)


Allah dengar setiap doa orang yang berharap padaNYA..Allah tahu segalanya..

inilah family kesayangan ana!
hehe=D
ana nak jadi yang terbaik..kakak2 ana n abang ana sume dah konvo..dapat berbakti pada negara..
ana nak ikut jejak langkah mereka..insya'allah ana pasti segala yang ditetapkan oleh Allah untuk ana pasti terbaik. YA PASTI TERBAIK!
ni mase along pnye konvo..bila turn ana ye? emm....
Allah mengetahui ape yang kita tidak ketahui..sungguh DIA mengetahui segalanya..
bila Allah uji kita dengan sepahit-pahit dugaan..
ketahuilah sebenarnya Allah sedang merancang yang semanis-manis kejayaan untuk kita=)
ana nak kongsi kegembiraan ana dengan sahabat2 sume..ni pic2 family ana^_^

 syukran=)


Friday 24 June 2011

emasku hilang?(,")

bismillahirrahmanirahim...
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum sahabat2 sume=).ape kba iman anda sume arini?harap2 sihat la ye^_^
emmmm ape tajuk kat atas tu?emasku hilang! hah,bila tu?kat mana hilangnyer?
ish~ish cuai betul...harta sendiri pun xtaw nk jage..

hehe sebenarnya emas yang ana maksudkan bkn la emas yang berkilau tu..emas yang ana maksudkan ni ialah MASA..
SEDAR TAK YG SBNRNYA KITA NI BUKAN PEMEGANG AMANAH YANG JUJUR?
em sbb ape ana katakan begitu? sbb masa yang allah berikan pada kita tu satu amanah..
cuba kita renung2kan ape yg kita lakukan pada emas kita tu..
main game? tidur x bangun2?^_^ makan je susah nak stop?tengok citer korea??
oooooohhhhh banyaknye emas yang sudah kita hilangkan..Ya Allah...ruginya kita.


sahabat, HE knows everything u do
HE is our love..HE knows EVERYHING! EVERYHING!!
kita ni makhluk ciptaan Allah mmg xlepas dari melakukan kesalahan..daripada nak tido sampai dah bangun tidur,sampai dalam mimpi pun kita masih buat salah pada allah..kalau nanti allah tanye ape yang kita buat dengan emas yang Dia berikan tu,agak2 amalan kita jwb ape ek?apelah yang kita nak buktikan di hadapan PENCIPTA kita tu nanti..=(
ana bimbangkan diri ana..juga sahabat2 ana sebab tu ana kongsikan luahan ni di blog ana.
kalau kita rasa emas tu berharga.maha.cantik.mewah.kaya n bla..bla..bla..
ana yakin masa yang diberikan oleh allah pada kita lagi berharga.lagi bernilai.lagi bermakna.lagi istimewa kalau..................................kita gunakan dengan emas tu dengan sebaik baik baik baik baiknya....
.em banyakkan perkatann baik tu..ana nak buktikan emas yang allah berikan tu mmg kne jage sgt2..
cmne nk jage?
ha kita kena lah buat amalan2 baik..contohnye..tolong mak masak ke, baca buku ke, hafal ayat2 al-quran ke, kalau nk main interner pun blh asalkan tidak melampaui batas..lawatlah laman web yang berfaedah..ni blog ni..kan berfaedah..
carilah, bacalah blog yang berilmu..kan sume tu ilmu..banyakkkkkkk lagi taw perkara berfaedah..ana yakin wlaupun ana x nyatakan kat cni pun, sahabat2 sume msti blh fikirkan..=)

hidup kita penuh dengan jalan berliku..
onak duri dan lidah2 tajam umpama pedang..
bila2 masa je boleh buat kita tewas.rebah.tapi semua tu menjadikan kita seorang manusia..
seorang yang sentiasa mgharapkan keredhaan yang Maha Esa..
hanya DIA mampu mengerti ape yang kita rase..


 gunakanlah masa yang kita ade sebaik2nya..penuhkan ia dengan ilmu,dengan amalan2mu di siang n malam hari..mengadulah padaNYA..insya'allah hati kita akan merasa tenang..lapang dan reda
semuga kita semua sentiasa dlam rahmat allah n sentiasa dapat berkat daripadaNYA..
MAN JADDA WA JADDA!! siapa yang berusaha pasti berjaya=)
sentiasalah cuba utk memperbaiki diri..gunakan emas yang allah berikan itu sehabis baik kerana setiap apa yang kita lakukan di dunia ni pasti ade ganjaran di akhirat kelak..
ganjaran ape?
nak taw ganjaran baik ke tidak..its depend on u..
selamat berusaha kearah kebaikan..jaga EMAS yang Allah berikan tu tau..insya'allah kejayaan pasti milik kita..amin.

jumpa lagi dilain waktu..assalamualaikum sahabat2 yang ana kasihi^_^

Thursday 23 June 2011

DIA ade dengan kita,,,selalu..=)

assalamualaikum=)
alhamdulillah tercapai juga hasrat hati ana untuk create blog,hehe.syukran kepada yang sudi menziarah blog ana ni.terharu ana bila ada yg sudi memberi komen dan pandangan..ni first time anan buat blog dan ana harap ramai lah shbt2 yang sedia memberi tunjuk ajar.amin.

tanyalah hati kamu ape yang dia mahukan hari ni? ana yakin hati sahabat2 semua termasuk ana sndri mahukan makanan rohani iaitu amal dan zikir allah.ye ana yakin masih ramai yang diantara kita masih tercari2, terpinga2 mencari identiti diri..
ana juga manusia biasa tak terlepas dari dosa.tapi syukur alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk kongsikan ilmu disini.alhamdulillah.alhamdulillah besar nikmat allah..
sahabat, kalau boleh kita hitung nikmat ALLAH selama hayat kite ni..ana pasti takde satu nombor pun mampu membuktikan angka sebenar nikmat allah kepada setiap hambanya di muka bumi ini.subhanallah!
allah beri kita bermacam2 nikmat supaya kita sntiasa bersyukur..sekadar alhamdulillah.
sukarkah mahu menyebutnye wahai sahabat??
sebutlah dengan nama tuhanmu
 yang MAHA PENGASIH  lagi MAHA PENYAYANG.
allah cintakan kita. allah sayangkan kita. allah mahukan kita bila masanya tiba..ucaplah kalimah alhamdulillah dengan hatimu..dengan lidahmu..dgn amal dan keikhlasanmu.percayalah! allah akn membalas setiap perbuatan baik kita dengan kebaikan..
selangkah kita mendekati ALLAH, seribu langkah DIA mendekati kita.=)
alangkah gembirenye sahabat..kalau allah sayangkan kita. alangkah bahagianye sahabat kalau allah cintakan kita.masya'allah..

tiada wajah kita pun kelihatan pada bumi ini,
bayng kita sedikit pun tak kelihatan,
betapa kerdilnya kita disisi Allah..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
 'orang yang sempurna islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah
(riwayat Bukhari)