Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Friday 19 September 2014

Awan Mendung Kelabu


Hujan renyai-renyai sejak pukul 7 pagi..
Nisa duduk menongkat dagu memandang ke luar tingkap. 

“ jadi ke dia nak datang petang ni ek?” monolog hatinya sendirian.

“hah! Termenung.” Sergah rakan sebiliknya, Mia.  Rakan yang seorang ni memang terkenal dengan jenaka dan gurau-sendanya. Tak kering gusi bila bersama.

“ Mia, petang ni mus nak datang, Mia temankan nisa pegi jumpe dia kat depan sane blh?”

“wah cik abang dia nak datang. Hensem tak?” usik Mia lagi

“erm tak tahu la Mia, dah setahun tak jumpe. Dia sambung diploma kat perlis nun. nisa kat johor ni.” entah kenapa hatinya runsing dan gelisah. Selalunya orang akan rasa excited nak jumpa buah hati. Tapi dia…entah apa yang di runsingkan.

“ nisa! Kuat mengelamun lah dia ni. Yela yela nanti Mia temankan ye. Jangan la masam muka tu.” Seloroh Mia untuk melihat senyuman terukir di bibir rakan sebiliknya.

*******************************************************************

Tepat jam 4.00 petang..

“breep! Breep! “ handphone nisa bergetar. nisa melihat skrin handphonenya. Terpampang nama buah hatinya. Sejuk tangannya untuk menjawab panggilan telefon.

“ hello assalamualaikum. ermmm”

“ nisa sayang, mus dah sampai ni.ade kat pondok guard.” Suara Mus kedengaran begitu gembira di cuping telinga. Menambah debar di dada

“ oo..aa ok. Kejap. nisa keluar gi sana ye.”

“ok sayang.” Balas pemanggil riang.

Di lihatnya Mia sedang asyik mengulangkaji pelajaran. 
“Mia, dia dah sampai kat depan tu. Jom temankan nisa.”

“jom. Mia pun dah ngantuk ni ngadap buku petang-petang. Nak cuci mata. Hehe.”

Kira-kira 5 minit berjalan, terpandang sebuah kereta, 
kelihatan seorang lelaki kurus tinggi, berkulit hitam manis keluar dari perut kereta

“ Mia, nisa takutlah.” Sempat nisa bercakap dengan suara seperti berbisik. Mia kelihatan teruja. 
Atau mungkin sengaja buat-buat tak dengar.

“Assalamualaikum nisa. Mus datang ni.” Lelaki kurus tinggi di hadapannya tersenyum lebar. Kelihatan begitu gembira melihat wajah pujaan hatinya di depan mata.

“time kasih sebab datang tengok nisa kat sini. Susah-susah je. Erm maafla sebab tak dapat bawak mus masuk sebab hanya family je yang di benarkan masuk. Tu pun kena tunjuk kad pelawat.

“ takpe nisa. Mus x kisah pun. Asalkan mus dapat jumpe nisa.” Begitu tulus kata-kata yang keluar dari bibir Mus

“oh ye nisa. Kejap ye” Mus tiba-tiba bangun menuju ke kereta yang dipandunya tadi. Sambil membuka pintu, dia mengeluarkan beg kertas berisi hadiah.

“ni untuk nisa, mus beli kat perlis sebelum balik sini.” Beg kertas di tangan bertukar tangan.
“ kenapa susah-susah ni Mus? nisa takde pape pun nak bagi kat Mus.”

“ tak susah pun. Untuk nisa, ape pun Mus sanggup.” Seraut wajah hitam manis memandang wanita di hadapannya dengan penuh makna.

“nisa, nanti Mus nak kena balik perlis awal sebab kena jadi fasi untuk freshie yang baru masuk.” Mus berkata bagai meminta izin.

“erm ok.” nisa menjawab ringkas.

Sampai sahaja dalam bilik, nisa membuka beg kertas pemberian Mus. Dalamnya berisi tedy bear, coklat Cadbury kesukaannya dan seutas jam tangan. 
jam di sarung pada pergelangan tangan, tedy bear dan coklat di peluk erat.

“amboi, senyum sampai telinga cik nisa kita. Daripada tadi x lepas-lepas tedy bear tu” 
usik Mia apabila dilihatnya nisa tersengih-sengih sendirian.

*********************************************************************
“beep! Beep!” handphone bergetar tanda mesej masuk

“ish sape pulak mesej masa aku dalam kuliah ni.” 
Gerutu hati Hani sendirian. Laju tangannya membaca isi mesej tersebut.

“ nisa, maaf. Mus tak boleh setia dengan nisa lagi.” Hampir terlepas handphone di genggaman.seluruh tubuhnya menggigil, mukanya pucat lesi. Terasa seolah-olah batu besar jatuh menghempap kepala. Allah….