Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Saturday 13 August 2011

boleh tak kita buat sama2?

                                                      bismillahirohmanirrohim..
          dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

pernah tak bangun tidur dengan semangat yang BERKOBAR-KOBAR?
bersemangat macam orang menang lumba lari..booster terlebih..
tiba-tiba bangun pagi dengan senyuman yang indah terlakar di bibir?
sambil ucap 'alhamdulillah ya Allah'...
sungguh! nikmat yang terlalu. sungguh! berbunga hati dapat tengok dan rasai nikmat Allah lagi.

subhanallah!

apa kata kita mulakan hari kita dengan senyuman.
apa kata kita mulakan pagi kita dengan ucapan alhamdulillah..
apa kata kalau kita ambil tuala sambil ucap bismillah.
mudah sahabat. mudah.tidak sukar pun wahai sahabat.
dengan beberapa ucapan mudah, gerakan yang ringan kita boleh dapat pahala.
ditambah dengan perisa ikhlas!
ummmph mesti lebih sedap..=D
TRUST HIM.

 cuba bayangkan...
bila kita tetiba terasa nak bau kopi panas.cube bayangkan..
tu baru teringin nk bau. cuba tambah dengan keinginan nk minum kopi panas yang harum tu..
trust me! memang sedap!
tapi dengan cuma membayangkan tanpa ACTION..dapat tak kopi tu?
confirm x dapat...! so macam mana nak dapat???
senang.....cuma dengan usaha + doa + tawakal..betul saya tak tipu.
gunalah sifir ni kat mana-mana pun, nak buat apa pun insya'allah menjadi.
mudahkan? kan?

ok, contoh yang saya bagi tadi rasa betul, betul, betul nak minum kopi kan.
then macam mana nak dapatkan kopi tu?
guna sifir 1) usaha : just go to your kitchen, ambil cawan,kopi uncang, air panas, gula
                              then campurkan sume.

pastu sifir 2) doa  : doalah dalam hati..mintak2  'sedaplah kopi aku ni '.
                             ha..tu kan satu doa jugak.ape2 yang kita cakap, terlintas dalam hati..
                              sume doa.jadi cakaplah benda yang baik2. =)

     sifir 3) tawakal : buat kopi pun kena tawakal? ha jangan ambil mudah ye
                              walaupun sekadar buar air kopi. tawakal pada Allah,
                               mudah2an kopi yang kita bancuh  tadi lazat berkrim. 
                              orang yang minum pun suka. insya'allah..


'Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.' (QS. Ath-Thalaq 2-3).



macam tu juga dengan perkara2 lain yang kita lakukan dalam hidup kita.
mungkin tidaklah semudah buat air kopi 
tapi bukanlah sukar macam kita baru-baru nak kayuh basikal. kan?
sape berani kata yang masa mula2 belajar kayuh basikal tu senang cam kopek kacang?
buat apa pun tak mudah pada mulanya,
tapi bukan mustahil nk jadikan ia mudah.
betul tak sahabat2 yang sy kasihi? kan? kan?

yang paling penting. redha.syukur atas segala nikmat yang Allah beri pada kita.
syukur tu makamnya lebih tinggi dari sabar.

                              MUTIARA HADITH- ERTI SYUKUR...


Maksudnya: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah.”

insya'allah..semoga bermanfaat utk semua. marilah sebarkan kebaikan wahai umat akhir zaman.





















Wednesday 10 August 2011

kisah aku dan dia

kisah aku dan dia ni mungkin bukanlah kisah yang luar biasa.
aku hanya ingin berkongsi rasa atas apa yang aku pernah alami, lihat dan dengar.
aku dan dia adalah orang yang sama tapi punya hati yang selalu berbicara dengan alunan dan rentak yang berbeza. aneh bukan..? tuan kepada aku dan dia berperang dengan perasaan sendiri..


bila hati bermonolog, jawablah dengan jawapan yang benar!
demi allah..setiap persoalan itu jawapannya ada tertulis dalam al-quran.


aku : kau tahu bagaimana rasanya cinta kepada Allah dan Rasulullah?


dia  : alhamdulillah aku tahu..


aku menundukkan wajah, berfikir untuk melanjutkan pertanyaan..ALLAH SELAMATKANLAH AKU
walau apa pun halangan. kerana aku tahu tuhan semesta alam itu hanya satu..hanya Allah!
hanya ALLAH!


aku : boleh kau pimpin aku agar aku juga merasai cinta itu?


dia  : boleh saja wahai aku.ikhlaskan hatimu ketika kau melakukan sesuatu,
        kelak kau akan rasa nikmat cinta yang kau cari itu..
        seperti yang aku pernah katakan dulu, mulakan segala-galanya dengan niat.
        niat itu terletak dimana? kau tentu tahu bukan?


aku : ya dia. tentu saja niat itu bermula dari hati. aku pernah terbaca
      
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
      
       
dia  : ya benar. adakah kamu sudah merasakan cinta itu wahai aku?


aku : .......(terdiam)


dia  : tidak mengapa, mendidik hati itu bukan dengan sepintas masa,
          bukan juga dengan sehari dua,
          tidak juga dengan kata-kata berbunga. didiklah hatimu
          dengan perlahan-lahan dan istiqamah.
          letakkan yang BERHAK dalam hatimu.. jangan biarkan
          duniawi mencerobohinya walau dengan cara halus..faham maksud tersirat ini bukan?


aku : (mengangguk) aku faham. tapi dia, bantulah aku.
           bisikkanlah aku dengan kalimah-kalimah tuhanku setiap hari.
            agar hatiku tidak malap dek kekurangan cahaya.
            tidak mati dek kehabisan minyak
             pimpin aku wahai dia. aku perlukan bantuan darimu.



bertahanlah wahai hati..
sehingga tamat riwayatmu kau bakal dapat ganjaran dari ILAHI

dia  : aku sentiasa disini kerana aku adalah kau.
         ketakutan kau juga ketakutan bagiku.
         kemenangan kau juga kemenangan bagiku.


aku : aku takut dia. aku takut. aku terlalu ingin mencintai Allah dan
           Rasulullah tapi hatiku kotor.
           aku takut..kadangkala ia berbicara hal yang tidak sepatutnya dia bicarakan.
           aku sedaya upaya melawan, sehingga kini aku masih berusaha melawan.
           dan aku harap bila sampai di penghujung hayatku..
           aku masih berdiri teguh.
           tersenyum dengan kurniaan iman dan islam.itulah doaku siang dan malam.
        
     'YA ALLAH, janganlah engkau palingkan hatiku setelah
                       engkau memberi hidayah kepadaku'


dia  : insya'allah..umat akhir zaman ni banyak dugaan dan cabarannya..
        bertahanlah. tetap bertahan dengan iman sebagai BODY GUARDMU  dan
        islam sebagai PENYELAMATMU. jangan sesekali mengalah!
        Rasulullah rindukan umatnya. Rasulullah terlalu sayangkan umatnya..
         ingatlah itu wahai aku.
        percayalah kau mampu bertahan walau apa pun rintangan
         dengan adanya Allah dalam hatimu.
        berjuanglah demi islam, lawanlah nafsumu kerana itu juga satu
          jihad di jalan ALLAH.


aku : (mengangguk)...




notes : waktu ini aku melihat semakin ramai umat manusia yang lari dari landasan islam.
          ramai yang tersasar , sesat dalam cahaya yang menerangi..sedihnya hatiku.
          saudara-saudara seagamaku, dimana kalian?
          dimana semangat penerus perjuangan Rasulullah?
          cahaya masih menyuluh tetapi mengapa kau masih tersesat?
          kembalilah kepada Allah, bacalah kalimah2 cinta yang
           Allah turunkan kepada kekasihNYA, nabi muhammad.
          kalimah-kalimah cinta itu adalh al-quran dan  itulah cahaya penyuluh hidupmu..


Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin(mendapat petunjuk).Berpeganglah dengannya  dan gigitlah ia dengan geraham.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.”Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu daud ,al-Tirmizi dengan menyatakan ia ‘hasan sahih’, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka.
 
Dalam pesan lain, baginda menyebut:
“Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak.Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak.Mereka bertanya:’Apakah puak itu wahai Rasulullah?’Jawab baginda:’Apa yang aku dan para sahabahku berada diatasnya”.Diriwayatkan oleh al Tirmizi.Hadis ini hasan.

Sunday 7 August 2011

ADA APA PADA NAMA?

assalamualaikum..syukur alhamdulillah terbuka juga hati ana untuk update blog..

5.00 pagi : waktu bersahur..
          
 balqis, bangun sayang..jom cepat kita bersahur..balqis cepat bangun, nanti tak sempat pula

 emmm...ye,ye..bangun ni.huaaa..(menguap)

 astaghfirullah budak bertuah ni..menguap tu tutup mulut tu..berapa kali ummi nak pesan.
dah, dah pegi basuh muka cepat. ummi dengan walid tunggu kat meja makan.

ok..

(selepas 10 minit)

balqis! cepat sahur nak..buat ape lama sangat kat toilet tu?

dengan segera balqis turun tanpa menyahut panggilan umminya.

balqis..lain kali kalau ummi atau walid panggil nama kamu, jawablah panggilan tu sayang. indah nama kamu tu balqis.

balqis mengangguk tanda faham.

(selesai bersahur, sementara menunggu azan berkumandang)

walid, boleh tak kalau balqis nak tanya sesuatu?

boleh nak,ape dia?

kenapa perlu menyahut kalau ummi dan walid panggil? kenapa mesti...

anakku..tahukah kamu ape hukumnya jika ummi atau walid berkecil hati dengan sikap kamu?
anakku..bukanlah walid atau ummi marah dengan kamu.tapi walid mahu tegaskan bahawa panggilan seseorang itu kepada kamu dengan menggunakan nama yang baik2 adalah satu doa.

maafkan  balqis walid, ummi..balqis takkan buat lagi macam pagi tadi.

tidak mengapa balqis, ummi faham bagaimana payah untuk mendidik diri untuk bangun sahur. ummi juga pernah melalui usia kamu wahai anakku..
balqis..setiap kali ummi panggil nama kamu, sebenarnya ummi mendoakan kamu. adakah kamu tahu wahai anakku?

(menggeleng) balqis tak tahu ummi..maafkan balqis.

tidak mengapa anakku.walid akan terangkan maksud nama kamu dan sejarahnya.
Nabi Muhammad telah bersabda :
 “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad)
 wahai anakku balqis.nama kita akan membawa kita sampai ke hari kiamat. jika baik nama itu maka baiklah akhlak dan perlakuan kita.insya'allah.
Nabi Muhammad juga pernah bersabda :
 ‘Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya.’ (Hadis riwayat at-Tausi).
begitulah pentingnya nama wahai anakku, dengan panggilan yang baik maka lahirlah generasi yang baik.
malah Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik.

ya Allah, wahai walidku..balqis tidak tahu pun sejarah ini..terima kasih walid.
oh ya, apakah sejarah nama balqis ni ya walid?

kisahnya begini puteriku. ketika di zaman nabi sulaiman alaihissalam, ada seorang ratu yang memerintah negeri saba'. nama ratu itu ialah ratu balqis. dia memiliki kemewahan tetapi tidak mengenal tuhan yang menciptakannya..

Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

setelah itu, nabi sulaiman telah mengutuskan surat kepada ratu balqis agar ratu balqis segera bertaubat dan menyembah Allah yang satu.
tetapi ratu Balqis enggan, lalu dia menhamparkan kemewahan kepada nabi sulaiman untuk mengaburi mata nabi sulaiman. tetapi nabi utusan Allah itu berusaha lagi untuk membawa ratu balqis dan kerajaannya menyembah Allah.
sebelum ratu balqis menghadap nabi sulaiman, takhta ratu balqis telah pun berpindah. apabila ratu sulaiman memasuki istana nabi sulaiman, dia menyingkap kainnya sehingga ke betis kerana menyangka istana yang diperbuat daripada batu mar-mar kaca itu adalah air..apabila nabi sulaiman memberitahu balqis bahawa itu sebenarnya bukanlah air tetapi permukaan kaca yang jernih kerana pandangannya dikaburi oleh syaitan.
lalu ratu balqis tersedar dan akhirnya menyembah Allah ta'ala.

masya'allah walid, begitu rupanya kisah nama balqis. sungguh balqis terharu dan terpesona dengan kisah ini wahai walidku.oh jadi sekarang, barulah balqis faham setiap nama itu satu doa.
mesti seronokkan walid, jika kita memperoleh manfaat dari kebaikan nama kita.

betul puteriku, setiap nama itu terkandung hikmah dan kisah yang tersendiri.
manusia pertama yang di ciptakan Allah itu juga diberi nama. alangkah indahnya islam..
bukan itu sahaja, bahkan syurga juga diberi nama yang indah-indah..subhanallah..

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :
1. Firdaus
2. Syurga ‘Adn
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Na’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi


ciptaan Allah itu terlalu besar hikmahnya, manusia itu di ciptakan dengan sebaik-baik ciptaan
maka gunakanlah ia dengan seelok-eloknya.
manusia yang diciptakan itu mesti kenal dengan tuhan yang menciptakannya
kerana kelak kita pasti akan kembali semula.
wahai umat nabi muhammad, bangunlah dari lenamu!


subhanallah..benar walid..islam itu terlalu indah.terima kasih walid kerana memberi nama yang terbaik buat balqis..

alhamdulillah sama-sama wahai puteriku, mudah-mudahan nama ini akan membawa kekuatan dan kebaikan bagi kamu.insya'allah.