Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Wednesday 6 July 2011

Prince Charming



sewaktu aku sedang membesar dalam kandungan ibu, orang yang pertama sentiasa dekat dengan kandungan ibu adalah dia..prince charmingku.
semasa hampir waktu aku melihat dunia, orang yang pertama memberi semangat dan menemani ibu adalah dia..prince charmingku.
ketika pertama kali aku melihat dunia, suara pertama yang mengalun kalimah syahdu..dia prince charmingku.
ketika aku hanya mampu menangis, meraung sepanjang malam yang datang memujukku adalah dia..prince charmingku..
ketika aku membesar..dia sentiasa memberiku panduan..
mengajarkanku erti kehidupan..senyuman di bibir tak pernah lekang
suara garau itu penuh hikmah dan teladan..tanpanya pasti aku bukan begini.

masih segar dalam ingatanku, masa tu aku baru berumur 6 tahun...
petang tu aku balik tadika dengan suka ria yang terlalu..bermain di taman, berlari-larian..
malam tu aku mengadu sakit kaki, prince charming datang duduk di sisiku sambil memegang kakiku yang kepenatan.
tangan kasarnya mengurut kakiku dengan penuh kasih sayang, sambil tersenyum dia berkata
" penat ye sayang? tadi belajar ape di sekolah..?"
seperti biasa, aku menjawab sepatah
"abc.."
"ayah nak dengar boleh..?"
aku sekadar mengangguk sambil menyanyi perlahan..tangan tua itu masih terus mengurut sehingga aku terlena
dia mendukumgku sampai ke katil, menyelimutkanku sambil berkata
" selamat malam sayang, semoga kamu menjadi anak yang terbaik.."


aku masih ingat sewaktu prince charmingku pulang dari kebun.
wajahnya kemerahan, kepanasan di bakar cahaya matahari sepanjang hari.
tanpa mempedulikan kepenatannya, aku duduk diribanya..cuba bermanja.
ayah tetap mengukir senyuman, bukan marah yang aku terima tetapi satu layanan yang penuh kelembutan.
"anak ayah dah makan belum?"
aku menggeleng..aku bukan anak orang berada tapi aku kaya kerana prince charmingku sentiasa disisi
aku bangga memiliki dia! aku terlalu sayangkan dia..terlalu!!

bila aku meningkat remaja, aku mula sibuk dengan pelajaran..layanan yang sepatutnya aku balas dengan bayaran setimpal tetapi lain pula yang aku beri.
kadang-kadang ayah cuma minta tolong urutkan kakinya..tapi kemalasan menyelubungi diri.
bila dia minta dihidangkan air..aku mengeluh.
ya Allah, aku berdosa pada kekasih hatiku.
aku terlalu mementingkan diri sehingga aku mengabaikan kasih sayangku pada dia..
ampunkan aku ya Allah..
aku terlalu sayangkan dia,
tapi ada saje yang mempengaruhiku untuk memberontak.
ayah........
terima kasih atas segala pengorbananmu..
setiap titis peluhmu membesarkanku..
tidak pernah mengeluh mendidikku..
membawakau ke klinik tatkala aku sakit.walaupun di tengah malam!
sungguh ayah, aku tidak mampu membalas segala jasamu..
hanya aku mampu kini..untuk teus berusaha..
berusaha untuk menjadi anakmu yang terbaik.
seperti pesanmu sebelum aku terlena diulit mimpi..
ketahuilah ayah, mimpiku hanya untuk bersamamu di syurga FIRDAUS.
hanya itu ayah..hanya itu...
pimpinlah aku ayah...bawalah aku pulang dalam kasih sayangmu supaya aku terus merasa tenang..
ampunkan anakmu ..
semoga ayah dilindungi Allah selalu..setiap waktu..setiap saat.


ayah, abah, abi, walid, papa....tak kisahlah ape pun panggilan untuknya..
dialah prince charming kita. dia lah kekasih hati kita..
tak jemu-jemu dia bersama kita..balaslah setiap pengorbanannya dengan balasan yang baik..
abah...i love you!

No comments:

Post a Comment