Hujan renyai-renyai sejak pukul 7 pagi..
Nisa duduk menongkat dagu memandang ke luar tingkap.
“ jadi ke dia nak datang petang ni ek?” monolog hatinya sendirian.
“hah! Termenung.” Sergah rakan sebiliknya, Mia. Rakan yang seorang ni memang terkenal dengan jenaka
dan gurau-sendanya. Tak kering gusi bila bersama.
“ Mia, petang ni mus nak datang, Mia temankan nisa pegi
jumpe dia kat depan sane blh?”
“wah cik abang dia nak datang. Hensem tak?” usik Mia lagi
“erm tak tahu la Mia, dah setahun tak jumpe. Dia sambung
diploma kat perlis nun. nisa kat johor ni.” entah kenapa hatinya runsing dan
gelisah. Selalunya orang akan rasa excited nak jumpa buah hati. Tapi dia…entah
apa yang di runsingkan.
“ nisa! Kuat mengelamun lah dia ni. Yela yela nanti Mia
temankan ye. Jangan la masam muka tu.” Seloroh Mia untuk melihat senyuman
terukir di bibir rakan sebiliknya.
*******************************************************************
Tepat jam 4.00 petang..
“breep! Breep! “ handphone nisa bergetar. nisa melihat skrin
handphonenya. Terpampang nama buah hatinya. Sejuk tangannya untuk menjawab
panggilan telefon.
“ hello assalamualaikum. ermmm”
“ nisa sayang, mus dah sampai ni.ade kat pondok guard.”
Suara Mus kedengaran begitu gembira di cuping telinga. Menambah debar di dada
“ oo..aa ok. Kejap. nisa keluar gi sana ye.”
“ok sayang.” Balas pemanggil riang.
Di lihatnya Mia sedang asyik mengulangkaji pelajaran.
“Mia,
dia dah sampai kat depan tu. Jom temankan nisa.”
“jom. Mia pun dah ngantuk ni ngadap buku petang-petang. Nak
cuci mata. Hehe.”
Kira-kira 5 minit berjalan, terpandang sebuah kereta,
kelihatan seorang lelaki kurus tinggi, berkulit hitam manis keluar dari perut kereta
“ Mia, nisa takutlah.” Sempat nisa bercakap dengan suara
seperti berbisik. Mia kelihatan teruja.
Atau mungkin sengaja buat-buat tak
dengar.
“Assalamualaikum nisa. Mus datang ni.” Lelaki kurus tinggi
di hadapannya tersenyum lebar. Kelihatan begitu gembira melihat wajah pujaan
hatinya di depan mata.
“time kasih sebab datang tengok nisa kat sini. Susah-susah
je. Erm maafla sebab tak dapat bawak mus masuk sebab hanya family je yang di
benarkan masuk. Tu pun kena tunjuk kad pelawat.
“ takpe nisa. Mus x kisah pun. Asalkan mus dapat jumpe nisa.”
Begitu tulus kata-kata yang keluar dari bibir Mus
“oh ye nisa. Kejap ye” Mus tiba-tiba bangun menuju ke kereta
yang dipandunya tadi. Sambil membuka pintu, dia mengeluarkan beg kertas berisi
hadiah.
“ni untuk nisa, mus beli kat perlis sebelum balik sini.” Beg
kertas di tangan bertukar tangan.
“ kenapa susah-susah ni Mus? nisa takde pape pun nak bagi
kat Mus.”
“ tak susah pun. Untuk nisa, ape pun Mus sanggup.” Seraut
wajah hitam manis memandang wanita di hadapannya dengan penuh makna.
“nisa, nanti Mus nak kena balik perlis awal sebab kena jadi
fasi untuk freshie yang baru masuk.” Mus berkata bagai meminta izin.
“erm ok.” nisa menjawab ringkas.
Sampai sahaja dalam bilik, nisa membuka beg kertas pemberian
Mus. Dalamnya berisi tedy bear, coklat Cadbury kesukaannya dan seutas jam
tangan.
jam di sarung pada pergelangan tangan, tedy bear dan coklat di peluk erat.
“amboi, senyum sampai telinga cik nisa kita. Daripada tadi x
lepas-lepas tedy bear tu”
usik Mia apabila dilihatnya nisa tersengih-sengih
sendirian.
*********************************************************************
“beep! Beep!” handphone bergetar tanda mesej masuk
“ish sape pulak mesej masa aku dalam kuliah ni.”
Gerutu hati
Hani sendirian. Laju tangannya membaca isi mesej tersebut.
“ nisa, maaf. Mus tak boleh setia dengan nisa lagi.” Hampir
terlepas handphone di genggaman.seluruh tubuhnya menggigil, mukanya pucat lesi.
Terasa seolah-olah batu besar jatuh menghempap kepala. Allah….
No comments:
Post a Comment