Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

MAAFKAN KU..

Assalamualaikum, ana nak berkongsi sedikit kisah yang pernah ana lalui..
mase tu ana form 4, masih budak2..
kisahnya jadi kat kluang..perhentian bas kluang, ana baru sampai dari muar.

pon! pon! (bunyi hon bas yang selalu buat ana sakit kepala)
aku pandang ke arah bas tu, bila aku baca je...emmm hampa lagi!
"tu bukan bas aku"....."
manelah batang idung bas ni, x muncul2 da kul 6.30 ni...

tunggu punyerlah tunggu........bas yang hon pon pon dari tadi tu bas dari kahang.
aku nampak sorang pakcik ni. muka dia bercahaya! subhanallah..
mse tu aku hanya tumpukan pandangan aku pada wajah dia..ya! aku x perhatikan orang lain.
entah kenapa hati aku cume terdetik. indahnya muka dia..
lelaki separuh abad tu lemparkan senyuman pada aku. aku terpana! indahnya senyuman tu...
hati aku rasa tenang, masya'allah hebatnya hamba Allah ni..

mse aku duduk-duduk tunggu bas..pak cik tu tenung aku dari jauh..
tapi yang peliknya, aku tak rase takut langsung! tak takut langsung!
memang aneh..
dah agak lame sikit tu kan, pak cik tu datang tepi aku

'nak, boleh pak cik duduk?' suara dan panggilan itu keluar dari bibirnya..
aku lihat wajah tua itu sungguh bercahaya..subhanallah, siapalah dia ni yang kau utuskan untuk hampir denganku ya Allah?? aku terpesona dengan raut wajah bercahaya miliknya ya Allah.

'eh silakanlah pak cik, tak de sape punye tmpat pun' balasku bersahaja
pak cik tu nampak sangat tenang.

dia buka bicara lagi..

'anak ni dari mane? sorang je ke?'

"a'ah pak cik, saya memang balik sorang. dari muar."

anak, pak cik nak mintak satu dari ank ni boleh ke? dari tadi pak cik lihat wajah anak ni bercahaya.
ayah nak jadikan kamu sbg anak angkat ayah bolehkan?"
aku tergamam! ya Allah permintaanya sungguh memeranjatkanku..mse tu aku teringatkan wajah abah.
kalau abah tahu aku ade ayah angkat. abah marah tak ek??
aku mula berkira-kira untuk terima atau tidak..
aku lihat mata pak cik tu..ya! dia ikhlas..wajahnya bersungguh dan tenang..

"boleh pak cik." aku berkata perlahan sambil tersenyum

"alhamdulillah..panggil je pak cik ni ayah..ayah gembira kalau dengar hani panggil ayah."
tuturnya lembut sambil melemparkan senyuman
entahkan dari mane ayah dapat tahu namaku pun aku tak pasti.....
ah, mungkin dari name tag yang aku pakai mse tu.

"ayah dah lame nak anak perempuan..tapi takde rezeki hani..alhamdulillah hari ni hajat ayah tercapai..
ayah dah dapat anak perempuan.."
matanya memandang tepat kepadaku..
hati aku berbunga riang..seraut wajah tu aku pandang lagi sambil berdoa..

"anak lelaki ayah sume da besar, dah kje..ade yang jadi doktor. peguam, polis..nanti boleh la hani kahwin dengan anak ayah."dia tersenyum lagi

"ish ayah ni, hani blum habis belajar lagi lah..hani blm nak kawin pun..hehe" balasku sambil ketawa kecil..

 "hani, belajar betul-betul..dapatkan keje yang bagus..solat jangan lupa..ngaji mesti selalu tahu."
aku terpegun dengan setiap bicara dan tutur katanya..

aneh bukan, orang yang kita tak kenal, tapi kita masih boleh terima setiap nasihatnya.
masih setia menatap wajahnya..ya Allah, engkau maha penyayng..
saat aku memerlukan seseorang, kau hadirkan dia mengisi hatiku dengan nasihat untuk mendekatiMU.
TERIMA KASIH ALLAH.

"insya'allah ayah."

"hani, kalau panjang umur nanti kita jumpa lagi ye..bas ayah dah sampai.."
dia berkata sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
aku menyambutnya, sambil tersenyum. tangannya diarahkan kepada seseorang

"hani, tu isteri ayah."
aku berjalan ke arah perempuan tu sambil menyalaminya..
wajah isterinya juga berseri seperti wajah ayah..
sebelum ayah menaiki bas ke kahang, dia menghulurkan wang sepuluh ringgit padaku.
aku cuba menolak kerana kau tak mahu terhutang budinya, dia terlalu baik..hatinya bersih

"hani, anggaplah ni duit raya dari ayah..untuk anak perempuan ayh."
sambil mencapai tanganku dia meletakkan duit tu dalam tapak tanganku..

"terima kasih ayah"

lepas 3 tahun...aku tak dapat menghubunginya..
aku cuma dapat berhubung dengan anak sedaranya..

satu ari lepas aku bangun tidur..aku dapat mesej yang mengatakan ayh sudah tiada..
ayah angkatku sudah pulang menghadap Ilahi.
aku terpaku, tergamam..aku langsung tidak dapat berjumpa dengan ayahku sewaktu hidupnya
aku sedih..teramat sangat..
pertemuan di perhentian bas tu rupanya adalah yang pertama dan terakhir..
duit pemberiannya masih elok dalam simpananku..
hampir setiap hari aku pandang duit rm 10 tu..
hanya itu mengubat rinduku padanya..hanya itu,

YA RABB. engkau tempatkanlah ayahku didalam golongan orang2 yang soleh..
walaupun dia hanya ayah angkatku..
walaupun hanya sekali aku melihat wajahnya..
aku ingat wajah itu ya Allah.. aku ingat..
masih terbayang-bayang wajah bercahaya itu di ruang mata..
masih terngiang-ngiang suaranya mengalun bicara..
semoga engkau rahmati jasadnya dan tenteramkanlah rohnya..

mashisam..anak perempuanmu ini sangat merinduimu..
"terima kasih ayah.."