Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Saturday, 24 December 2011

kasihmu membawa ke syurga

bismillahirrahmannirrahim...
petang-petang makan kuih cara,
assalamualaikum pembuka bicara :)

ana ade satu cita untuk di kongsikan dengan sahabat2 sume !
 mudah-mudahan dapat dijadikan teladan dan muhasabah diri :) insya'allah

saya dgn housemate saje la kuar gi bandar, makan-makan. al maklum, selama lebih kurang 3 bulan sibuk study, assignment, tutorial..emm, kami kuar la gi makan kat pizza hut :)
then, dah ciap tempah sume, diorang nampak sorang lelaki ni jual tisu kotak kat dalam pizza hut tu..mulanya tak rasa ape. tapi bila lelaki tu dekat, ya Allah sedihnya tengok keadaan fizikal dia. serba kekurangan, tapi masih gagahkan diri untuk mencari sesuap nasi. mungkin untuk keluarga, untuk anak-anak yang masih kecil. tak sanggup untuk memandang lebih lama.saya dan housemate tundukkan wajah. sayunye hati kami ya Allah. kami dalam kegembiran, tetapi di sebalik kegembiraan kami, ada yang berduka, ade yang dalam kesusahan :'( 

ya Allah, murahkan rezekinya ya Allah. permudahkan segala urusan dia ya Allah. peluklah hatinya agar dia tidak sesekali putus dari mengharap kepadaMU. amin. :'(

lepas kejadian tu, saya teringat mak dan abah di kampung. sihat ke mereka? makan ke tidak mereka di rumah? ya Allah, rindunya pada mak abah !!
mudah-mudahan Allah pelihara mak dan abah dunia dan akhirat.





teringat kenangan lalu..saat aku masih dalam proses membesar, masih tidak tahu yang baik dan buruk

waktu tu abah hantar aku ke sekolah, masa bersalam dengan abah, sebutir bicara terkeluar dari bibir ini.
"abah, nanti balik sekolah, abah amek adik tau. jangan lupa tau abah." sambil tersenyum abah mengangguk. walaupun terlakar kepenatan di wajah tua itu, namun tidak pernah sekalipun dia merungut untuk melayan keletah anak kecilnya sorang ni.

kring!!! kring!!! 
dah pukul 12 tengahari, tunggu punya tunggu...kelibat abah tak kelihatan :'(  aku terpaksa berjalan kaki sampai ke rumah. sampai je kat rumah, mak bertanya 

"eh, anak mak dah sampai. abah mana?"

dengan muncung sedepa aku menjawab " ntah, tak tahu.abah tak amek."

pastu, dah pukul 2.00, nk gi sekolah kebangsaan pula. tetiba dengar bunyi motor abah.

" ya Allah, abah minta maaf. abah lupa nak amek adik! tadi lembu abah hilang. "
mula-mula memang rasa marah sangat2, tapi bila fikir2 blk. abah bukan sengaja tak nak amek. abah tgh kerah keringat mencari sesuap nasi untuk anak2. untuk aku jugak.

mogok punya la lama. tak nak makan dengan abah. tak nak cakap dengan abah. hehe 
(jangan ikut perangai ni). sampai la malam tu abah panggil minta urutkan kaki. aku tengok kaki abah, calar-calar, luka. kulit abah pun dah makin gelap, hitam terbakar dek matahari :'(

ya Allah, waktu tu aku baru tersedar yang aku tak patut merajuk dengan abah. kesiannya kat abah. menitis air mata masa urut kaki abah. berdosanya aku pada abah. ampunkan aku ya Allah.
tetiba abah bersuara, 

" abah minta maaf, abah memang terlupa nak amek adik tengahari tadi. "

aku menjawab perlahan " takpe abah." 

itulah seorang ayah, kadang-kadang dia juga melakukan kesilapan tetapi tak pernah lupa mengucapkan kemaafan. walaupun hatinya sendiri resah gelisah memikirkan masalah, namun senyuman tak pernah lekang dari bibir. usah salah sangka jika ayah susah untuk tersenyum. bukan kerana dia tidak mahu menunjukkan kasih sayang pada kita. tetapi pengalaman hidup banyak mengajar dia untuk tegas dan serius dalam kehidupan. bukankah kasih sayang itu sudah ditunjukkan padamu wahai anak?? kamu tak sedar ke..sampai sekarang kasih sayang ayah dan ibu sentiasa mengalir dalam darah kamu?

dia membesarkan kamu sejak kamu dilahirkan. saat tapak kaki kamu masih merah. dia bersabar dan terus bersabar dengan setiap kerenah anak-anaknya.
besarnya jasamu ibu ayah! 
jika kita mampu menghadiahkan apa pun yang mereka inginkan, tapi tidak setanding dengan jasa dan pengorbanan ibu ayah.

ayah dan ibu...
sesungguhnya uban yang tumbuh membuahkan keringat jasa yang diganti pahala yang berganda! :) :) :)

iringan doa : 
" ya Allah, ampunilah kedua orang tuaku, anugerahkan mereka dengan kesejahteraan, kesihatan dan tidak mudah lupa agar mereka dapat menjalani apa yang diperintahkan.
aku mohon perlindunganMU terhadap mereka daripada azab api neraka." amin..

tertanam dalam jiwaku,
USAHAKU INI DICETUS OLEH USAHA AYAHKU JUA.
JAGALAH PERIBADIMU WAHAI ANAK-ANAK, KEMANA PUN KITA PERGI, KITA SEBENARNYA MEMBAWA MARUAH AYAH. KERANA...........
DIBELAKANG NAMA KITA KAN ADA NAMA AYAH TERCINTA :)
semoga Allah pelihara kesejahteraan mak ayah kita didunia..dan kebaikan di akhirat :)




2 comments:

  1. hai thanks for coming my blog .. tentag chat box tu .. awak punye stil guna shoutmix .. sedagkan shoutmix dah tak boleh pakai free .. so most of us dah tukar kepada fibox :)

    ReplyDelete