Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Sunday 3 July 2011

BEBASKAN MASJID AL-AQSA !!

masjid Aqsa yang terletak dalam bumi anbiya' masih terus ditakluk oleh Yahudi sejak tahun 1948,
menuntut umat islam berusaha membebaskannya...

firman Allah SWT yang bermaksud :
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNYA pada suatu malam dari masjidil haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada
tanda-tandanya (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(israk : 1)

apabila kita sebut tentang peristiwa israk mikraj pastinya kita akn terbayang nasib masjid al-Aqsa.
iaitu kiblat pertama kita yang masih belum puas diburu, dan dijajah oleh golongan Yahudi di bumi Palestin.
Baitul- Maqdis adalah masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah.

berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW :
Abu Zar berkata : pada suatu hari aku bertanya kepada rasulullah mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini.
 baginda menjawab masjidil haram.
 kemudian, aku bertanya lagi kemudian, masjid apa...?
baginda menjawab : masjidil aqsa.
aku bertanya lagi : berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut.
baginda rasulullah menjawab : 40 tahun .(riwayat Bukhari)

utusan malaysia bertarikh 29 jun 2011, rabu ada menulis:
melakukan solat di masjidil aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain masjidil haram
dan masjidil nabawi di madinah.
ini berdasarkan hadis rasulullah SAW yang bermaksud :
"solat di masjidil haram adalah sama dengan 100,000 kali solat di tempat lain,
dan solat di masjidku di madinah adalah sama dengan solat 1000 kali,
dan solat di baitul maqdis adalah sama dengan solat 500 kali solat."
(riwayat at-Tabarani)

sebab itu, masjid aqsa ini sentiasa menjadi perhatian golongan zionis yahudi yang mengetahui kelebihan dan kepentingan menguasainya.
pada masa yang sama, pahlawan islam kita yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi dan ketokohannya iaitu salahuddin al-ayubi pula pernah berkata :
"sesiapa yang berada di bawah naungannya Palestin, maka ia menakluk dunia."



ayuh kita bangkit dari tidur panjang!! sampai bila kita hendak melihat mereka yang tak berdosa terbunuh??
berapa lama lagi kita nak tunggu?? bumi palestin menunngu ketibaan kita..
bumi berdarah itu menagih darah pejuang2 islam untuk syahid di jalan Allah!!
bagaiman kita nak bantu mereka di sana?? yang jauh di sana ..
kalau kita dibumi sendiri masih tidak bangun?
bangkit lah! tuntut maruah islam. bangkit perjuangkan islam..
kembalikan semangat umar al-khattab!
kembalikan semangat salahuddin al-ayubi dan pejuang2 islam !!

jangan biarkan masjidil aqsa diburu lagi..
jangan biarkan masjidil aqsa dijajah lagi...
bangunlah sahabat..bangunlah dari tidurmu..
tanah gersang itu menanti ketibaan kita.
kerana nilai iman yang semakin tipis inilah yang menjadikan bumi itu menangis..
kerana pakaian takwa yang longgar inilah yang terus buat bumi itu merana..
sampai bila begini sahabat?? sampai bila?..



"cukuplah bila aku merasa mulia kerana engkau sebagai tuhanku
dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMU
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik sebagaimana yang engkau cintai.."
(Saidina Umar al-Khattab)




bebaskan bumi palestin!

No comments:

Post a Comment