Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Tuesday 30 April 2013

jerawat sebiji bagaikan penuh semuka








ade orang melihat jerawat sebiji yang tumbuh di atas muka tu macam beribu biji.

smpai dia x nmpak dah dahi dia masih licin, pipi dia masih licin. yang tumbuh jerawat tu hanya di dagu sahaja.
ade orang yang melihat jerawat sebiji tu seperti tiada apa2 pun di wajahnya.
kerana dia masih nampak kelebihan2 pada wajahnya  yang tiada jerawat.
see......
macam tu lah juga bila kita hadapi masalah.
"we can't control the waves, but we can learn to sail."
setuju??

macam mana kita nak lihat suatu masalah yang besar tu sebagai masalah yang kecil?
confirm2 la payah kan. sebab kita dah mindset, " aku memang tengah hadapi masalah besar ni. ish berat..berat.."
ha nah. memang itulah manusia. begitu juga dengan saya. tidak saya nafikan.

begini....jika kita melihat masalah itu dari sudut yang susah, maka ia akan menjadi bertambah rumit.
misalnya begini. " ali, kau dapat keputusan spm berapa A?"
ali pun menjawab : "ish malu la mak jemah, keputusan saya teruk."
mak jemah : oohhh teruk ye..
 mak jemah pun bertanya kepada abu pula.
"abu bagaimana pula keputusan spm kau?"
abu : "alhamdulillah dengan izin Allah, sy dapat 3A."

padahalnya, si ali tadi dapat 5A. tapi oleh kerana dia merasakan keputusannya teruk, maka mak jemah pun bersetuju dengannya bahawa keputusannya adalah teruk.

haaa...sekarang nampak x? hanya dengan berfikiran positif, dan bersyukur kepada Allah. maka masalah yang berat bagi seorang pelajar akan jadi ringan. jadi kesimpulannya apa?
bersyukurlah dengan setiap pemberian Allah..kerana Allah sudah menjawab dalam al-quran yang bemaksud :

"...dan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka2 olehnya, dan brgsiapa bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya...."
(surah at-talaq : ayat 3)


No comments:

Post a Comment