Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Monday 27 June 2011

semua ni hanya pinjaman.


perjalanan kita baru bermula..
tak tahu bila akhirnya..
 Biamillahirrohmanirrahim..alhamdulillah
Assalamualaikum..hari ni ade SOMETHING yang ana sungguh2 nak tahu.
nak tahu sgt2.......sgt3....em ape lah tu yek???ana nak tahu sgt...................


pasal DERMA ORGAN!!
 ana teringin sgt nak tahu..sooo pagi2 lagi ana da search kt komputer pasal mende ni..
ana dapat byk info menarik..n mesti lah ana nak share dengan sahabat2 sume! ^_^
ni link yang ana nak sahabat2 sume buka klu ade kesempatan=)http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/06/09/derma-organ-orang-meninggal-dunia/

ana terbace psl hukum mendermakan organ kepada orang lain..
jwpn yang dapat ana huraikan kat sini ialah ~
mrnderma organ kepada yang hidup itu diharuskan dalam islam...
diharuskan sekiranya : 1) terdesak dan mustahak
                                  2) kematian penderma telah dipastikan sebelum pemindahan organ dijalankan
                                  3) pendrema organ iklas berniat utk menderma kerana Allah ta'ala..
                                  4)kebenaran diperlukan dari penderma dan ahli keluarganya.



hanya orang yang terpilih saje yang mendapat hidayah untuk melakukan
pendermaan organ ni..alangkah bertuahnya orang tu..
ana selalu terfikir..dah lama nak tahu jawapannya..alhamdulillah baru hari ni ana dapat jwpan tntg persoalan yg dah lame berserabut dlm kepala ana ni..
ana pernah tanya pada ahli keluarga..mak, along, angah, dan kawan2..

soalannye cmni.."mak, kalau kita derma organ ape jadi kat badan kita?"

"along..along,kalau kita derma organ nanti kat padang mahsyar kita dibangkitkan dlm keadaan camne?"

emm dik, pernah terfikir x nak dermakan jantung?"
"tapi jawapan yang ana dapat xmemuaskan hati ana..

 mak n along kata nanti roh kita tersiksa bila tgk badan kita diambil organnya..tapi ana x rasa cmtu..
sebab bagi ana,
 ape yang kite ade hari ni sume pinjaman..sume pinjaman semata-mata.

jom tambahkan white spot dalam hati kita!
 x salah kan kalau kita bagi pinjam pada org yang memerlukan pulak lps kita mgadap Ilahi??

ya..ana dapat jwpnnya hari ni..alhamdulillah.alhamdulillah..

Pendermaan Organ Sebagai Sedekah jariah
Menurut ulama  terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah.

 Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa
daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian,
adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.
Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:
* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

ana rase bersyukur sangat lps dapat info ni..
utk persoalan badan orang yang dilukakan utk tujuan pembedahan membuatkan roh jenazah menderita pula, ana dah jumpe jwpannya....~
 tiada dalil yang menyokong dakwaan tersebut. yang ade hanyalah tuntutan memuliakan jenazah. dalam erti kata lain menutup aib si mati.

Tiada banyak hal yang boleh dijelaskan berkenaan urusan alam ruh melainkan serba sedikit yang dinyatakan nas Quran & hadith. Firman ALLAH;
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.”
(Al-Isra’:85)
WaLLAHu a’lam.


. Berkenaan segala urusan dan proses untuk menderma organ, sila hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional di talian bebas tol 1-800-88-9080 atau lawat laman web http://www.agiftoflife.gov.my/

ana harap satu hari nanti hati ana betul2 reda dan ikhlas untuk jihad di jalan Allah..
walaupun kita bukan di medan perang tapi berperang dengan hati dan perasaan tu lebih utama dan lebih membimbangkan..hanya Allah saje yang tahu hati kita..hanya DIA..

ya ALLAH, pimpinlah hati-hati kami menuju keredhaanmu ya ALLAH..
sesungguhnya hati ini milikmu YA RABB..
ana lawat blog seorng hamba Allah ni..ramai yang sudi menderma organ..ya allah,ana betul2 terharu ramai rupanya umat nabi muhammad yang sanggup berkorban demi masa depan org lain..
http://fauzanibrahim.wordpress.com/2008/01/02/derma-organmahu-atau-apa/
dan masih ramai yang memerlukan organ..buah pinggang, jantung, mata, hati..semoga jumlah penderma organ semakin bertambah.
ya, ana harap pintu hati ana terbuka untuk mencari keredhaan Ilahi..subhanallah!
untuk membantu mereka yang memerlukan..

ahlan wa sahlan bagi sahabat2 yang sudi berkunjung ke blog ana yang biase2 ni...syukran sangat2 ye.
semoga kita berjumpa lagi nanti..^_^
assalamualaikum


No comments:

Post a Comment