Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Wednesday 10 August 2011

kisah aku dan dia

kisah aku dan dia ni mungkin bukanlah kisah yang luar biasa.
aku hanya ingin berkongsi rasa atas apa yang aku pernah alami, lihat dan dengar.
aku dan dia adalah orang yang sama tapi punya hati yang selalu berbicara dengan alunan dan rentak yang berbeza. aneh bukan..? tuan kepada aku dan dia berperang dengan perasaan sendiri..


bila hati bermonolog, jawablah dengan jawapan yang benar!
demi allah..setiap persoalan itu jawapannya ada tertulis dalam al-quran.


aku : kau tahu bagaimana rasanya cinta kepada Allah dan Rasulullah?


dia  : alhamdulillah aku tahu..


aku menundukkan wajah, berfikir untuk melanjutkan pertanyaan..ALLAH SELAMATKANLAH AKU
walau apa pun halangan. kerana aku tahu tuhan semesta alam itu hanya satu..hanya Allah!
hanya ALLAH!


aku : boleh kau pimpin aku agar aku juga merasai cinta itu?


dia  : boleh saja wahai aku.ikhlaskan hatimu ketika kau melakukan sesuatu,
        kelak kau akan rasa nikmat cinta yang kau cari itu..
        seperti yang aku pernah katakan dulu, mulakan segala-galanya dengan niat.
        niat itu terletak dimana? kau tentu tahu bukan?


aku : ya dia. tentu saja niat itu bermula dari hati. aku pernah terbaca
      
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
      
       
dia  : ya benar. adakah kamu sudah merasakan cinta itu wahai aku?


aku : .......(terdiam)


dia  : tidak mengapa, mendidik hati itu bukan dengan sepintas masa,
          bukan juga dengan sehari dua,
          tidak juga dengan kata-kata berbunga. didiklah hatimu
          dengan perlahan-lahan dan istiqamah.
          letakkan yang BERHAK dalam hatimu.. jangan biarkan
          duniawi mencerobohinya walau dengan cara halus..faham maksud tersirat ini bukan?


aku : (mengangguk) aku faham. tapi dia, bantulah aku.
           bisikkanlah aku dengan kalimah-kalimah tuhanku setiap hari.
            agar hatiku tidak malap dek kekurangan cahaya.
            tidak mati dek kehabisan minyak
             pimpin aku wahai dia. aku perlukan bantuan darimu.



bertahanlah wahai hati..
sehingga tamat riwayatmu kau bakal dapat ganjaran dari ILAHI

dia  : aku sentiasa disini kerana aku adalah kau.
         ketakutan kau juga ketakutan bagiku.
         kemenangan kau juga kemenangan bagiku.


aku : aku takut dia. aku takut. aku terlalu ingin mencintai Allah dan
           Rasulullah tapi hatiku kotor.
           aku takut..kadangkala ia berbicara hal yang tidak sepatutnya dia bicarakan.
           aku sedaya upaya melawan, sehingga kini aku masih berusaha melawan.
           dan aku harap bila sampai di penghujung hayatku..
           aku masih berdiri teguh.
           tersenyum dengan kurniaan iman dan islam.itulah doaku siang dan malam.
        
     'YA ALLAH, janganlah engkau palingkan hatiku setelah
                       engkau memberi hidayah kepadaku'


dia  : insya'allah..umat akhir zaman ni banyak dugaan dan cabarannya..
        bertahanlah. tetap bertahan dengan iman sebagai BODY GUARDMU  dan
        islam sebagai PENYELAMATMU. jangan sesekali mengalah!
        Rasulullah rindukan umatnya. Rasulullah terlalu sayangkan umatnya..
         ingatlah itu wahai aku.
        percayalah kau mampu bertahan walau apa pun rintangan
         dengan adanya Allah dalam hatimu.
        berjuanglah demi islam, lawanlah nafsumu kerana itu juga satu
          jihad di jalan ALLAH.


aku : (mengangguk)...




notes : waktu ini aku melihat semakin ramai umat manusia yang lari dari landasan islam.
          ramai yang tersasar , sesat dalam cahaya yang menerangi..sedihnya hatiku.
          saudara-saudara seagamaku, dimana kalian?
          dimana semangat penerus perjuangan Rasulullah?
          cahaya masih menyuluh tetapi mengapa kau masih tersesat?
          kembalilah kepada Allah, bacalah kalimah2 cinta yang
           Allah turunkan kepada kekasihNYA, nabi muhammad.
          kalimah-kalimah cinta itu adalh al-quran dan  itulah cahaya penyuluh hidupmu..


Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin(mendapat petunjuk).Berpeganglah dengannya  dan gigitlah ia dengan geraham.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.”Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu daud ,al-Tirmizi dengan menyatakan ia ‘hasan sahih’, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka.
 
Dalam pesan lain, baginda menyebut:
“Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak.Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak.Mereka bertanya:’Apakah puak itu wahai Rasulullah?’Jawab baginda:’Apa yang aku dan para sahabahku berada diatasnya”.Diriwayatkan oleh al Tirmizi.Hadis ini hasan.

1 comment:

  1. benar sekali perbicaraanmu itu wahai sahabatku.. (",)

    ReplyDelete