Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Monday 10 September 2012

cinta sampai syurga


cinta sampai syurga


“Abang…macam best je kalau dapat makan pelam muda.eemmm sedapnye..”
Aisyah membuat mimik muka seperti dia dapat merasai kemasaman pelam muda.
Sayang mengidam pelam muda ye? Nanti bila abang balik kerja, abang belikan ye sayang.” Sahut Firdaus penuh mesra melayani kerenah isterinya yang sedang sarat mengandung.
Walaupun sudah hampir lima tahun usia perkahwinan mereka, inilah kali pertama mereka di kurniakan cahaya mata. Semasa Aisyah memberitahu suaminya dia sudah hamil 2 bulan, tidak terucap lagi kesyukuran daripada suaminya.hanya air mata yang terzahir. Mengalir perlahan-lahan membasahi pipi. Itulah saat terindah mereka.
Terima kasih Allah, penantian selama 5 tahun ini membawa seribu erti bahagia.syukur Alhamdulillah..
Setelah habis waktu kerja, Firdaus bergegas keluar mendapatkan keretanya. Destinasinya hanya satu…pelam muda!
ya hanya pelam muda!
“walau abang terpaksa meredah hutan belantara, abang sanggup demi kamu Aisyah isteriku.” Monolog dia sendirian sambil tersenyum-senyum.
Setelah hampir 2 jam mencari pelam muda, akhirnya pelam muda untuk isteri tercinta berjaya diperolehi. Itu pun secara tidak sengaja terpandang gerai usang di tepi jalan.
“Assalamualaikum sayang. Abang dah balik ni bawak pelam muda untuk sayang dan baby kita.”
“Abang…..aisyah kat sini.” Suara isterinya itu sayup-sayup kedengaran.


 “Ya Allah! Aisyah macam mana boleh jadi macam ni sayang? Ya Allah Aisyah..abang minta maaf. Kalau abang balik cepat mesti semua ni tak jadi.
Sampai sahaja di hospital. Aisyah di bawa masuk ke bilik pembedahan.Firdaus dapat melihat kain yang di pakai oleh isterinya lencun di basahi darah.
hatinya tidak tenteram.
“Aisyah…jangan tinggalkan abang. Abang tidak mampu sendirian hidup di dunia ni tanpa awak sayang.” Tersedu-sedu Firdaus menangis.
Tidak di hiraukan lagi kanan dan kirinya.
Setelah hampir 2 jam. Doktor keluar dan meminta Firdaus masuk ke dalam untuk bertemu isterinya.
Kedengaran suara bayi menangis. Tetapi yang lebih menyayat hati apabila Firdaus melihat isterinya yang tercinta sedang bertarung nyawa.
“sayang, terima kasih lahirkan zuriat untuk abang. Sayang bertahanlah. Abang perlukan sayang.”
“a….bang..”suara Aisyah tersekat di kerongkong.
Firdaus membisikkan shahadah kepada isterinya. walaupun Firdaus tidak sanggup kehilangan isterinya, namun dia akur dengan kehendak Allah.
“sayang..tunggu abang di syurga ye. Cinta abang untuk sayang. Cinta kita sampai ke jannah Allah. Satu hari nanti abang pasti akan datang jumpa sayang.” Langkahnya longlai. Pandangannya kabur.



2 comments: