Bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangismu berpanjangan dan
hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu..
Allah telah mengira titis air matamu..
Bila engkau rasa ketinggalan dan
masa meninggalkanmu.
Allah tetap bersamamu..
Allah tetap bersamamu..
Bila engkau kebuntuan akal
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam, maka
bertawakallah kepada Allah..
Allah tahu segala isi hatimu.
Alkisah adalah seorang pemanjat kelapa ni sedang berada
dalam keadaan yang sangat bahaya kerana tiba-tiba sahaja ribut kencang melanda
sehingga kakinya tergelincir. Mase tu dia memang tengah berada kat puncak pokok
tu, nasib baiklah dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.
Dalam keadaan yang genting itu dia berseru “ ya Allah,
selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika aku selamat, aku akan sedekahkan seekor
lembu untuk orang miskin.”
Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada
batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang,kali ini dia benar-benar merasa
takut lalu dia berseru lagi “ ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan akudaripada
jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”Setelah bersusah
payah,dia Berjaya turun sampai ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya
untuk selamat kian menyinar walaupun rebut masih bertiup kencang.kali ini dia
berseru lagi “ ya Allah, kalau kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga
ekor ayam.”
Akhirnya dia berada dalam keadaan yang lebih rendah dan
selamat, ribut juga kembali reda.
“ fuhhh…” dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “ ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”
“ fuhhh…” dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “ ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”
P/S : manusia senang ingat Allah bila susah.
tapi bila senang, terus lupakan Allah..
kita bagaimana pula wahai sahabat?
tepuklah dada, tanyalah iman.
tapi bila senang, terus lupakan Allah..
kita bagaimana pula wahai sahabat?
tepuklah dada, tanyalah iman.
No comments:
Post a Comment