|
Tok penghulu dan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat
menyayangi kuda itu. Suatu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam
hutan berhampiran. Orang kampong yang tahu akan hal kejadian, berkata kepada
tok penghuu, “ kami bersimpati dengan kehilabgan kuda kesayangan Tok. Mesti Tok
sedih…”
Sebaliknya Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, “ tak
apalah, mesti ada hikmahnya.”
“apa hikmahnya Tok?”
“Tok pun tak tahu, tapi pasti ada hikmahnya.”
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu
pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat
kagum kerana bilangan kuda Tok Penghulu tiba-tiba bertambah. Sudah rezekinya.
“Tok bertuahlah. Untung.” Begitulah kata mereka.
Tok penghulu sebaliknya berkata “ belum tentu lagi.tapi Tok
yakin tentu ada hikmahnya.”
Anak lelaki Tok Penghulu terlalu gembira dengan
kuda-kudanya.Setiap hari dia akan menunggang kuda kesayangannya sambil
mengembala kuda-kuda liar yang lain.entah bagaimana, suatu hari dia terjatuh
daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia anak kesayangan Tok Penghulu lalu
mereka menziarahi anak lelaki tok penghulu yang terlantar.
“Malang benar nasib Tok penghulu, baru dapat nikmat sekarang
di timpa bala pula.” Kata mereka.
Tok penghulu pula berkata “ini ujian Allah, tentu ada hikmah
di sebaliknya.”
Tidak lama kemudian, kampung mereka di datangi oleh
pegawai-pegawai atasan tentera di Negara itu. Orang kampung
semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal dengan
sikap zalim dan tidak berperikemanusiaan.
“Raja memerintahkan semua anak-anak lelaki di kampung ini di
kumpulkan ! Negara memerlukan tentera tambahan untuk di hantar ke medan perang
! “ arah ketua tentera.
Semua ibu bapa di kampong itu sedih untuk berpisah dengan
anak-anak lelaki mereka. Para remaja di bariskan di hadapan ketua tentera,
termasuk anak lelaki tok penghulu.
“ kamu di kecualikan ! tidak ada gunanya membawa orang yang
patah tangan !” kata ketua tentera sambil menuding jari kea rah anak tok
penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang suara Tok Penghulu mereka
“ mesti ada hikmahnya.”
Pengajaran :
Setiap yang berlaku pasti ada baik dan buruknya. Orang yang
beriman akan sentiasa melihat daripada sudut yang baik. Mereka menerima yang
buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di daripada
Allah.
hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang terjadi JJJ
hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang terjadi JJJ
No comments:
Post a Comment