“Ya
Rabb kami, janganlah engkau menjadikan hati kami condong kepada kesesatan
setelah engkau beri petunjuk kepada kami.”
( al-Imran : 250 )
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud :
Setelah Allah selesai menciptakan jibril as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat. Setelah itu jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata : “wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?”
lalu Allah berfirman yang bermaksud “tidak.”

Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana
syukur kepada Allah s.w.t. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat maka Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud
“wahai jibril, kamu telah menyembah-Ku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadah kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdoa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka, demi
kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai
dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”
Kemudian Jibril berkata : “ ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman : “ya Jibril, akan Aku berikan syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal…” kemudan jibril meminta izin kepada
Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah jibril mendapat izin dari Allah SWT
maka pergilah jibril dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia
megembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah jibril selama 300 tahun sehingga dia merasa penat dan letih.
Akhirnya jibril turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah lalu berkata dalam sujudnya : “ ya tuhanku, apakah sudah aku
menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian
Allah berfirman : “wahai jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,
lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan
kepada umat nabi Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan….”
No comments:
Post a Comment