Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, 7 May 2013

keindahan solat sunat dhuha




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat dhuha.”




NIKMAT SOLAT SUNAT DHUHA

                        
                          Tidak termasuk dalam golongan yang lalai
                          Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan
                          Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha
                           Di murahkan rezeki
                          Dipelihara oleh Allah swt
                          Di hapuskan dosa

“ Beramallah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup
 selama-lamanya.
Beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya.”

Rasulullah telah  bersabda


“ ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.”









Tuesday, 30 April 2013

jerawat sebiji bagaikan penuh semuka








ade orang melihat jerawat sebiji yang tumbuh di atas muka tu macam beribu biji.

smpai dia x nmpak dah dahi dia masih licin, pipi dia masih licin. yang tumbuh jerawat tu hanya di dagu sahaja.
ade orang yang melihat jerawat sebiji tu seperti tiada apa2 pun di wajahnya.
kerana dia masih nampak kelebihan2 pada wajahnya  yang tiada jerawat.
see......
macam tu lah juga bila kita hadapi masalah.
"we can't control the waves, but we can learn to sail."
setuju??

macam mana kita nak lihat suatu masalah yang besar tu sebagai masalah yang kecil?
confirm2 la payah kan. sebab kita dah mindset, " aku memang tengah hadapi masalah besar ni. ish berat..berat.."
ha nah. memang itulah manusia. begitu juga dengan saya. tidak saya nafikan.

begini....jika kita melihat masalah itu dari sudut yang susah, maka ia akan menjadi bertambah rumit.
misalnya begini. " ali, kau dapat keputusan spm berapa A?"
ali pun menjawab : "ish malu la mak jemah, keputusan saya teruk."
mak jemah : oohhh teruk ye..
 mak jemah pun bertanya kepada abu pula.
"abu bagaimana pula keputusan spm kau?"
abu : "alhamdulillah dengan izin Allah, sy dapat 3A."

padahalnya, si ali tadi dapat 5A. tapi oleh kerana dia merasakan keputusannya teruk, maka mak jemah pun bersetuju dengannya bahawa keputusannya adalah teruk.

haaa...sekarang nampak x? hanya dengan berfikiran positif, dan bersyukur kepada Allah. maka masalah yang berat bagi seorang pelajar akan jadi ringan. jadi kesimpulannya apa?
bersyukurlah dengan setiap pemberian Allah..kerana Allah sudah menjawab dalam al-quran yang bemaksud :

"...dan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka2 olehnya, dan brgsiapa bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya...."
(surah at-talaq : ayat 3)


Kembalikanlah hati ini kepada-MU ya Rabb

kadang2 kita ada ramai kawan. tapi xde siapa sudi meluangkan masa susah bersama kita.
kita ada ramai adik-beradik, tapi tak seorg pun beranyakan khabar kita semasa berjauhan.
tapi kita ada Allah. Allah x pernah tinggalkan kita. kita je selalu lupekan Dia.
apabila kita sakit, Allah sembuhkan.
apabila kita penat, Allah beri masa untuk kita berehat sebentar.
apabila kita sedih, Allah datangkan khabar2 gembira buat kita.
apabila kita keseorangan, Allah temankan.
apabila kita kesepian, Allah hiburkan hati kita.
ketika tiada seorang pu yang sudi menjadi pendengar setia, Allah luangkan masa yang panjang untuk kita meluahkan pada-Nya.

tidak cukup lagikah Allah sebagai peneman, sbgai penghibur, sbgai pengubat duka, sbagai pendengar setia, sbgai pemberi semangat, sebagai penyembuh dan sgala-galanya Allah berikan buat setiap hamba2-Nya?
"hasbunallahu wa ni'mal wakil".....
cukuplah Allah bagiku..



Friday, 28 September 2012

pasti ada hikmahnya



pASTI ADA HIKMAHNYA
 
 





Tok penghulu dan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Suatu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampong yang tahu akan hal kejadian, berkata kepada tok penghuu, “ kami bersimpati dengan kehilabgan kuda kesayangan Tok. Mesti Tok sedih…”
Sebaliknya Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, “ tak apalah, mesti ada hikmahnya.”
“apa hikmahnya Tok?”
“Tok pun tak tahu, tapi pasti ada hikmahnya.”
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana bilangan kuda Tok Penghulu tiba-tiba bertambah. Sudah rezekinya.
“Tok bertuahlah. Untung.” Begitulah kata mereka.
Tok penghulu sebaliknya berkata “ belum tentu lagi.tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya.”
Anak lelaki Tok Penghulu terlalu gembira dengan kuda-kudanya.Setiap hari dia akan menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.entah bagaimana, suatu hari dia terjatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia anak kesayangan Tok Penghulu lalu mereka menziarahi anak lelaki tok penghulu yang terlantar.
“Malang benar nasib Tok penghulu, baru dapat nikmat sekarang di timpa bala pula.” Kata mereka.
Tok penghulu pula berkata “ini ujian Allah, tentu ada hikmah di sebaliknya.”
Tidak lama kemudian, kampung mereka di datangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera di Negara itu. Orang kampung

semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal dengan sikap zalim dan tidak berperikemanusiaan.
“Raja memerintahkan semua anak-anak lelaki di kampung ini di kumpulkan ! Negara memerlukan tentera tambahan untuk di hantar ke medan perang ! “ arah ketua tentera.
Semua ibu bapa di kampong itu sedih untuk berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja di bariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki tok penghulu.
“ kamu di kecualikan ! tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan !” kata ketua tentera sambil menuding jari kea rah anak tok penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang suara Tok Penghulu mereka “ mesti ada hikmahnya.”
Pengajaran :
Setiap yang berlaku pasti ada baik dan buruknya. Orang yang beriman akan sentiasa melihat daripada sudut yang baik. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di daripada Allah.
hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang terjadi JJJ



magnet cinta !


MAGNET CINTA !
 
 



Hari ni genap 20 tahun aku hidup di dunia. Setiap hari aku lakukan benda yang sama. Belajar, makan, tidur….belajar, makan, tidur… begitulah rutin harianku. Aku gembira. Tapi aku masih merasakan ada sesuatu yang kurang. Aku selalu bertanya apa lagi yang kurang. Apa lagi yang masih tidak lengkap dalam hidup aku.
Kawan-kawan di kuliah selalu bercakap mengenai cinta. Cinta ke yang aku cari? Tapi….cinta siapa?
cinta Allah? Aku solat 5 waktu. Aku pakai tudung. Tapi apa lagi yang kurang?
Bip..bip! satu mesej ku terima.
“ marilah beramai-ramai datang ke dewan seri mutiara untuk memeriahkan majlis ilmu kerana Allah! JJ “
                                               kak ayuni
J
Ermm siapa pulak kak ayuni ni? Adoi mane pulak dia dapat nombor aku ni.

Sampai saja di rumah, Fika rakan serumahku memanggil-manggil namaku seperti ada sesuatu yang penting ingin di beritahu.
“izz! Cepatlah izz datang sini.aku nak tunjuk benda best kat kau ni. Sinilah izz! “
Dengan gopoh-gapah aku pergi ke bilik Fika.
Fika menunjukkan mesej yang dia terima.
“ala Fika..aku pun dapatlah mesej ni.kecoh la kau ni.”
“eh kau ni,ade pulak cakap macam tu kat aku.jomlah kita pegi sabtu ni.mesti best izz.ceramah dari ustaz Hadi tu…”
“sape ustaz Hadi tu? Aku x penah dengar nama dia pun.”



“ala glamer ke tak glamer ke.. tak penting sume tu. Yang penting isi kandungan ceramah dia. Tengok ni tajuk dia je dah menarik tau.
‘ MAGNET CINTA! ’ haaa….best kan?”
Aku terdiam. Dalam hati mengiyakan kata-kata Fika.
“kau teman aku ea sabtu ni? Tau tau…selalu aku teman kau cari barang kat pasaraya. Kali ni kau teman aku pulak. Ok?”
“yelah…yelah.”sahutku acuh tak acuh
--------------------------------------------------------
Lepas dengar ceramah dari ustaz Hadi malam tu. Hati aku rasa terisi. Bahagia dan tenang.
“Ya Allah, inilah cinta yang aku cari selama ni. Hati ini tenang bila dekat dengan-Mu Ya Rabb. Kuatkanlah magnet cintaku ini pada-Mu ya Rabb LL”
Tuk! Tuk! Pintu bilikku diketuk
“ Izz..selamat hari lahir. Ni aku ada hadiah sikit untuk kau. Semoga cinta Allah sentiasa bersama kau Izz. Dan terima kasih sebab teman aku pegi ceramah tadi.”
“aku yang patut ucap terima kasih pada kau Fika. Sebab bawa aku dekat dengan MAGNET CINTA ILAHI.”
“ Fika, terima kasih bagi aku hadiah al-quran ni.macam tau tau je aku nak cari al-quran ni kat kedai buku esok.”
“ aku tau lah.kau dan aku memang perlukannya. Aku sayang kau tau Izz.”
“ Aku pun sayangkan kau Fika..”
Sayang kerana Allah..kami berkata serentak J

Monday, 10 September 2012

ALLAH KNOWS


                   ALLAH KNOWS !!

Bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu..
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu.
Allah tetap bersamamu..
Bila engkau kebuntuan akal
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah..





Allah tahu segala isi hatimu.

Alkisah adalah seorang pemanjat kelapa ni sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya kerana tiba-tiba sahaja ribut kencang melanda sehingga kakinya tergelincir. Mase tu dia memang tengah berada kat puncak pokok tu, nasib baiklah dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.
Dalam keadaan yang genting itu dia berseru “ ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika aku selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”
Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang,kali ini dia benar-benar merasa takut lalu dia berseru lagi “ ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan akudaripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”Setelah bersusah payah,dia Berjaya turun sampai ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian menyinar walaupun rebut masih bertiup kencang.kali ini dia berseru lagi “ ya Allah, kalau kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”
Akhirnya dia berada dalam keadaan yang lebih rendah dan selamat, ribut juga kembali reda.
“ fuhhh…” dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “ ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”

P/S : manusia senang ingat Allah bila susah.
          tapi bila senang, terus lupakan Allah..
          kita bagaimana pula wahai sahabat?
          tepuklah dada, tanyalah iman.

cinta sampai syurga


cinta sampai syurga


“Abang…macam best je kalau dapat makan pelam muda.eemmm sedapnye..”
Aisyah membuat mimik muka seperti dia dapat merasai kemasaman pelam muda.
Sayang mengidam pelam muda ye? Nanti bila abang balik kerja, abang belikan ye sayang.” Sahut Firdaus penuh mesra melayani kerenah isterinya yang sedang sarat mengandung.
Walaupun sudah hampir lima tahun usia perkahwinan mereka, inilah kali pertama mereka di kurniakan cahaya mata. Semasa Aisyah memberitahu suaminya dia sudah hamil 2 bulan, tidak terucap lagi kesyukuran daripada suaminya.hanya air mata yang terzahir. Mengalir perlahan-lahan membasahi pipi. Itulah saat terindah mereka.
Terima kasih Allah, penantian selama 5 tahun ini membawa seribu erti bahagia.syukur Alhamdulillah..
Setelah habis waktu kerja, Firdaus bergegas keluar mendapatkan keretanya. Destinasinya hanya satu…pelam muda!
ya hanya pelam muda!
“walau abang terpaksa meredah hutan belantara, abang sanggup demi kamu Aisyah isteriku.” Monolog dia sendirian sambil tersenyum-senyum.
Setelah hampir 2 jam mencari pelam muda, akhirnya pelam muda untuk isteri tercinta berjaya diperolehi. Itu pun secara tidak sengaja terpandang gerai usang di tepi jalan.
“Assalamualaikum sayang. Abang dah balik ni bawak pelam muda untuk sayang dan baby kita.”
“Abang…..aisyah kat sini.” Suara isterinya itu sayup-sayup kedengaran.


 “Ya Allah! Aisyah macam mana boleh jadi macam ni sayang? Ya Allah Aisyah..abang minta maaf. Kalau abang balik cepat mesti semua ni tak jadi.
Sampai sahaja di hospital. Aisyah di bawa masuk ke bilik pembedahan.Firdaus dapat melihat kain yang di pakai oleh isterinya lencun di basahi darah.
hatinya tidak tenteram.
“Aisyah…jangan tinggalkan abang. Abang tidak mampu sendirian hidup di dunia ni tanpa awak sayang.” Tersedu-sedu Firdaus menangis.
Tidak di hiraukan lagi kanan dan kirinya.
Setelah hampir 2 jam. Doktor keluar dan meminta Firdaus masuk ke dalam untuk bertemu isterinya.
Kedengaran suara bayi menangis. Tetapi yang lebih menyayat hati apabila Firdaus melihat isterinya yang tercinta sedang bertarung nyawa.
“sayang, terima kasih lahirkan zuriat untuk abang. Sayang bertahanlah. Abang perlukan sayang.”
“a….bang..”suara Aisyah tersekat di kerongkong.
Firdaus membisikkan shahadah kepada isterinya. walaupun Firdaus tidak sanggup kehilangan isterinya, namun dia akur dengan kehendak Allah.
“sayang..tunggu abang di syurga ye. Cinta abang untuk sayang. Cinta kita sampai ke jannah Allah. Satu hari nanti abang pasti akan datang jumpa sayang.” Langkahnya longlai. Pandangannya kabur.