Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Monday, 23 July 2012

menanti di syurga


“Ya Rabb kami, janganlah engkau menjadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami.”
( al-Imran : 250 )


Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
Setelah Allah selesai menciptakan jibril as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat. Setelah itu jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata : “wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?”
lalu Allah berfirman yang bermaksud “tidak.”
Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
 “wahai jibril, kamu telah menyembah-Ku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadah kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdoa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.



 Maka, demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”
Kemudian Jibril berkata : “ ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman : “ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” kemudan jibril meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah jibril mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah jibril dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia megembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah jibril selama 300 tahun sehingga dia merasa penat dan letih. Akhirnya jibril turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah lalu berkata dalam sujudnya : “ ya tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah berfirman : “wahai jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat nabi Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….”


Monday, 28 May 2012

every people can see...
everyone can comment..
but they didn't know the reality that happen in my life..

smile in front of u, it does not mean i always happy..
laugh with u does not mean i have no problem..
for me, smile is a sign of strength...

u never see me cry because what??
because i dun want u to know me inside.
and i hope....u always with me friend..


Tuesday, 14 February 2012

kesedihan

assalamualaikum.
kesedihan cepatlah berlalu..
ya Allah permudahkanlah urusanku. permudahkanlah urusanku. permudahkanlah urusanku.
amin..
sahabat2, doakan sy agar Allah mempermudahkan setiap urusan sy. terima kasih shbt.

Saturday, 24 December 2011

kasihmu membawa ke syurga

bismillahirrahmannirrahim...
petang-petang makan kuih cara,
assalamualaikum pembuka bicara :)

ana ade satu cita untuk di kongsikan dengan sahabat2 sume !
 mudah-mudahan dapat dijadikan teladan dan muhasabah diri :) insya'allah

saya dgn housemate saje la kuar gi bandar, makan-makan. al maklum, selama lebih kurang 3 bulan sibuk study, assignment, tutorial..emm, kami kuar la gi makan kat pizza hut :)
then, dah ciap tempah sume, diorang nampak sorang lelaki ni jual tisu kotak kat dalam pizza hut tu..mulanya tak rasa ape. tapi bila lelaki tu dekat, ya Allah sedihnya tengok keadaan fizikal dia. serba kekurangan, tapi masih gagahkan diri untuk mencari sesuap nasi. mungkin untuk keluarga, untuk anak-anak yang masih kecil. tak sanggup untuk memandang lebih lama.saya dan housemate tundukkan wajah. sayunye hati kami ya Allah. kami dalam kegembiran, tetapi di sebalik kegembiraan kami, ada yang berduka, ade yang dalam kesusahan :'( 

ya Allah, murahkan rezekinya ya Allah. permudahkan segala urusan dia ya Allah. peluklah hatinya agar dia tidak sesekali putus dari mengharap kepadaMU. amin. :'(

lepas kejadian tu, saya teringat mak dan abah di kampung. sihat ke mereka? makan ke tidak mereka di rumah? ya Allah, rindunya pada mak abah !!
mudah-mudahan Allah pelihara mak dan abah dunia dan akhirat.





teringat kenangan lalu..saat aku masih dalam proses membesar, masih tidak tahu yang baik dan buruk

waktu tu abah hantar aku ke sekolah, masa bersalam dengan abah, sebutir bicara terkeluar dari bibir ini.
"abah, nanti balik sekolah, abah amek adik tau. jangan lupa tau abah." sambil tersenyum abah mengangguk. walaupun terlakar kepenatan di wajah tua itu, namun tidak pernah sekalipun dia merungut untuk melayan keletah anak kecilnya sorang ni.

kring!!! kring!!! 
dah pukul 12 tengahari, tunggu punya tunggu...kelibat abah tak kelihatan :'(  aku terpaksa berjalan kaki sampai ke rumah. sampai je kat rumah, mak bertanya 

"eh, anak mak dah sampai. abah mana?"

dengan muncung sedepa aku menjawab " ntah, tak tahu.abah tak amek."

pastu, dah pukul 2.00, nk gi sekolah kebangsaan pula. tetiba dengar bunyi motor abah.

" ya Allah, abah minta maaf. abah lupa nak amek adik! tadi lembu abah hilang. "
mula-mula memang rasa marah sangat2, tapi bila fikir2 blk. abah bukan sengaja tak nak amek. abah tgh kerah keringat mencari sesuap nasi untuk anak2. untuk aku jugak.

mogok punya la lama. tak nak makan dengan abah. tak nak cakap dengan abah. hehe 
(jangan ikut perangai ni). sampai la malam tu abah panggil minta urutkan kaki. aku tengok kaki abah, calar-calar, luka. kulit abah pun dah makin gelap, hitam terbakar dek matahari :'(

ya Allah, waktu tu aku baru tersedar yang aku tak patut merajuk dengan abah. kesiannya kat abah. menitis air mata masa urut kaki abah. berdosanya aku pada abah. ampunkan aku ya Allah.
tetiba abah bersuara, 

" abah minta maaf, abah memang terlupa nak amek adik tengahari tadi. "

aku menjawab perlahan " takpe abah." 

itulah seorang ayah, kadang-kadang dia juga melakukan kesilapan tetapi tak pernah lupa mengucapkan kemaafan. walaupun hatinya sendiri resah gelisah memikirkan masalah, namun senyuman tak pernah lekang dari bibir. usah salah sangka jika ayah susah untuk tersenyum. bukan kerana dia tidak mahu menunjukkan kasih sayang pada kita. tetapi pengalaman hidup banyak mengajar dia untuk tegas dan serius dalam kehidupan. bukankah kasih sayang itu sudah ditunjukkan padamu wahai anak?? kamu tak sedar ke..sampai sekarang kasih sayang ayah dan ibu sentiasa mengalir dalam darah kamu?

dia membesarkan kamu sejak kamu dilahirkan. saat tapak kaki kamu masih merah. dia bersabar dan terus bersabar dengan setiap kerenah anak-anaknya.
besarnya jasamu ibu ayah! 
jika kita mampu menghadiahkan apa pun yang mereka inginkan, tapi tidak setanding dengan jasa dan pengorbanan ibu ayah.

ayah dan ibu...
sesungguhnya uban yang tumbuh membuahkan keringat jasa yang diganti pahala yang berganda! :) :) :)

iringan doa : 
" ya Allah, ampunilah kedua orang tuaku, anugerahkan mereka dengan kesejahteraan, kesihatan dan tidak mudah lupa agar mereka dapat menjalani apa yang diperintahkan.
aku mohon perlindunganMU terhadap mereka daripada azab api neraka." amin..

tertanam dalam jiwaku,
USAHAKU INI DICETUS OLEH USAHA AYAHKU JUA.
JAGALAH PERIBADIMU WAHAI ANAK-ANAK, KEMANA PUN KITA PERGI, KITA SEBENARNYA MEMBAWA MARUAH AYAH. KERANA...........
DIBELAKANG NAMA KITA KAN ADA NAMA AYAH TERCINTA :)
semoga Allah pelihara kesejahteraan mak ayah kita didunia..dan kebaikan di akhirat :)




Friday, 18 November 2011

LA TAHZAN!

                            


      BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

alhamdulillah dapat juga peluang update blog, lame sungguh tinggalkan kamu..
maafkan saya ye :'(
hari ini kamu ade peluang dengan saya untuk menimba ilmu :)


hari ni hujan sgt lebat.  seperti tahu ape yang sedang sy alami. walaupun pakai payung tapi baju yang sy pakai tetap basah.
 dugaan datang x henti2.  entah knp, hati yang dulunya bersemangat, girang, kini jadi makin layu..sayu dan kurang bersemangat.


hidup x semudah yang kita sangka!  dulu masa zaman kanak2 rse sangat2 x sabar nak besar.
nak buat itu, nk buat ini. sonok sgt. tapi bila kita semakin meningkat remaja. kita semakin akrab dgn 'erti sebuah kehidupan'.
teringat pada pesan mak mse myambut hari lahir sy yg ke 17 tahun.
'smga lebih tabah hadapi hidup dan pelajaran yang semakin sukar. mak doakan semuga anak mak ni kuat semangat.' salam sayang dari mak dan abah-


sume yang mak cakap tu mmg betul. kalau la sy x kuat sekarang ni, mungkin sy dah rebah.
tapi syukur alhamdulillah, setiap kesukaran itu pasti ade kemudahan.
Allah maha penyayang, maha mengetahui..
perasan x kita? bila kita sedih je, akan hadir manusia yang bernama sahabat memluk erat diri kita supaya kita tidak tersungkur.
perasan x kita? waktu kita perlukan perhatian, mak akan elefon tiba2?
perasan x kita? waktu kita rse macam dah xde ruang untuk kita nikmati hidup, Allah hadirkan seseorang menjadi pengingat untuk kita.


kita kadang2 tak sedar. mata terbuka tapi sebenarnya terpejam.
kita berjalan tapi sebenarnya masih terbaring di atas tilam empuk.
apalah yang kita mahukan dlm dunia ni sbnrnya? hati x pernah rse puas. dah dapat lebih tapi sntiasa mengharapkan yang lebih lebih dan lebih..
wahai hati,
jika kau diduga, ingatlah bhwa sebenarnya ramai lagi yang sedang diuji. ramai lagi yang sedang diuji tahap keimanannya.
kita x tahu berapa banyak mata yang bengkak kerana menangis..
menangis kerana dugaan yang Allah berikan, menangis kerana meminta bantuan dan mengharapkan pertolongan Allah.
tapi tidak ade satu pun yang terlepas dari pandangan Allah.
jika kamu sedih.... dekatilah Allah
kerana selangkah kita mendekati Allah. seribu lagkah Allah mendekati kita.
jika kita datang kepada Allah dalam keadaan berjalan..
Allah datang kepada kita dalam keadaan berlari2. subhanallah..subhanallah.
begitu sayangnya Allah kpd kita.


kuatkan hatimu....tabahkan hatimu..
kerana kau bukan keseorangan di dunia ni..
jika orang buta bila terjatuh, dia mampu bangun.
kenapa tidak kita? yang celik ni..
kalau seorang ibu kehilangan anak, tetapi masih mampu berdiri..
kenapa tidak kita? yang punya segala, yang masih mendapat perhatian mak ayah.
bangkitlah wahai diri..!!
jangan sesekali kau rebah kerana ujian..dugaan dan cabaran di dunia ni xkan pernah terhenti selama kau masih bernyawa.






Please Don't Forget the Plight of Muslims in your Dua's "And Seek (Allah's) help
with Sabr (patience) and Salat (prayers): it is indeed hard, except to those who
are humble" (Qur'an Al-Baqara 2:45)

If God brings you to it,
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.







The Prophet Muhammad (s) said: “God is kind and likes kindness in all things.“
——— Rihadh us-Saleheen, Volume 1:633.

The Prophet Muhammad (s) said: “Be kind, for whenever kindness becomes part of something, it beautifies it. Whenever it is taken from something, it leaves it tarnished.“
——— Imam Bukhari’s Book of Muslim Manners.

Saturday, 13 August 2011

boleh tak kita buat sama2?

                                                      bismillahirohmanirrohim..
          dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

pernah tak bangun tidur dengan semangat yang BERKOBAR-KOBAR?
bersemangat macam orang menang lumba lari..booster terlebih..
tiba-tiba bangun pagi dengan senyuman yang indah terlakar di bibir?
sambil ucap 'alhamdulillah ya Allah'...
sungguh! nikmat yang terlalu. sungguh! berbunga hati dapat tengok dan rasai nikmat Allah lagi.

subhanallah!

apa kata kita mulakan hari kita dengan senyuman.
apa kata kita mulakan pagi kita dengan ucapan alhamdulillah..
apa kata kalau kita ambil tuala sambil ucap bismillah.
mudah sahabat. mudah.tidak sukar pun wahai sahabat.
dengan beberapa ucapan mudah, gerakan yang ringan kita boleh dapat pahala.
ditambah dengan perisa ikhlas!
ummmph mesti lebih sedap..=D
TRUST HIM.

 cuba bayangkan...
bila kita tetiba terasa nak bau kopi panas.cube bayangkan..
tu baru teringin nk bau. cuba tambah dengan keinginan nk minum kopi panas yang harum tu..
trust me! memang sedap!
tapi dengan cuma membayangkan tanpa ACTION..dapat tak kopi tu?
confirm x dapat...! so macam mana nak dapat???
senang.....cuma dengan usaha + doa + tawakal..betul saya tak tipu.
gunalah sifir ni kat mana-mana pun, nak buat apa pun insya'allah menjadi.
mudahkan? kan?

ok, contoh yang saya bagi tadi rasa betul, betul, betul nak minum kopi kan.
then macam mana nak dapatkan kopi tu?
guna sifir 1) usaha : just go to your kitchen, ambil cawan,kopi uncang, air panas, gula
                              then campurkan sume.

pastu sifir 2) doa  : doalah dalam hati..mintak2  'sedaplah kopi aku ni '.
                             ha..tu kan satu doa jugak.ape2 yang kita cakap, terlintas dalam hati..
                              sume doa.jadi cakaplah benda yang baik2. =)

     sifir 3) tawakal : buat kopi pun kena tawakal? ha jangan ambil mudah ye
                              walaupun sekadar buar air kopi. tawakal pada Allah,
                               mudah2an kopi yang kita bancuh  tadi lazat berkrim. 
                              orang yang minum pun suka. insya'allah..


'Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.' (QS. Ath-Thalaq 2-3).



macam tu juga dengan perkara2 lain yang kita lakukan dalam hidup kita.
mungkin tidaklah semudah buat air kopi 
tapi bukanlah sukar macam kita baru-baru nak kayuh basikal. kan?
sape berani kata yang masa mula2 belajar kayuh basikal tu senang cam kopek kacang?
buat apa pun tak mudah pada mulanya,
tapi bukan mustahil nk jadikan ia mudah.
betul tak sahabat2 yang sy kasihi? kan? kan?

yang paling penting. redha.syukur atas segala nikmat yang Allah beri pada kita.
syukur tu makamnya lebih tinggi dari sabar.

                              MUTIARA HADITH- ERTI SYUKUR...


Maksudnya: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah.”

insya'allah..semoga bermanfaat utk semua. marilah sebarkan kebaikan wahai umat akhir zaman.





















Wednesday, 10 August 2011

kisah aku dan dia

kisah aku dan dia ni mungkin bukanlah kisah yang luar biasa.
aku hanya ingin berkongsi rasa atas apa yang aku pernah alami, lihat dan dengar.
aku dan dia adalah orang yang sama tapi punya hati yang selalu berbicara dengan alunan dan rentak yang berbeza. aneh bukan..? tuan kepada aku dan dia berperang dengan perasaan sendiri..


bila hati bermonolog, jawablah dengan jawapan yang benar!
demi allah..setiap persoalan itu jawapannya ada tertulis dalam al-quran.


aku : kau tahu bagaimana rasanya cinta kepada Allah dan Rasulullah?


dia  : alhamdulillah aku tahu..


aku menundukkan wajah, berfikir untuk melanjutkan pertanyaan..ALLAH SELAMATKANLAH AKU
walau apa pun halangan. kerana aku tahu tuhan semesta alam itu hanya satu..hanya Allah!
hanya ALLAH!


aku : boleh kau pimpin aku agar aku juga merasai cinta itu?


dia  : boleh saja wahai aku.ikhlaskan hatimu ketika kau melakukan sesuatu,
        kelak kau akan rasa nikmat cinta yang kau cari itu..
        seperti yang aku pernah katakan dulu, mulakan segala-galanya dengan niat.
        niat itu terletak dimana? kau tentu tahu bukan?


aku : ya dia. tentu saja niat itu bermula dari hati. aku pernah terbaca
      
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
      
       
dia  : ya benar. adakah kamu sudah merasakan cinta itu wahai aku?


aku : .......(terdiam)


dia  : tidak mengapa, mendidik hati itu bukan dengan sepintas masa,
          bukan juga dengan sehari dua,
          tidak juga dengan kata-kata berbunga. didiklah hatimu
          dengan perlahan-lahan dan istiqamah.
          letakkan yang BERHAK dalam hatimu.. jangan biarkan
          duniawi mencerobohinya walau dengan cara halus..faham maksud tersirat ini bukan?


aku : (mengangguk) aku faham. tapi dia, bantulah aku.
           bisikkanlah aku dengan kalimah-kalimah tuhanku setiap hari.
            agar hatiku tidak malap dek kekurangan cahaya.
            tidak mati dek kehabisan minyak
             pimpin aku wahai dia. aku perlukan bantuan darimu.



bertahanlah wahai hati..
sehingga tamat riwayatmu kau bakal dapat ganjaran dari ILAHI

dia  : aku sentiasa disini kerana aku adalah kau.
         ketakutan kau juga ketakutan bagiku.
         kemenangan kau juga kemenangan bagiku.


aku : aku takut dia. aku takut. aku terlalu ingin mencintai Allah dan
           Rasulullah tapi hatiku kotor.
           aku takut..kadangkala ia berbicara hal yang tidak sepatutnya dia bicarakan.
           aku sedaya upaya melawan, sehingga kini aku masih berusaha melawan.
           dan aku harap bila sampai di penghujung hayatku..
           aku masih berdiri teguh.
           tersenyum dengan kurniaan iman dan islam.itulah doaku siang dan malam.
        
     'YA ALLAH, janganlah engkau palingkan hatiku setelah
                       engkau memberi hidayah kepadaku'


dia  : insya'allah..umat akhir zaman ni banyak dugaan dan cabarannya..
        bertahanlah. tetap bertahan dengan iman sebagai BODY GUARDMU  dan
        islam sebagai PENYELAMATMU. jangan sesekali mengalah!
        Rasulullah rindukan umatnya. Rasulullah terlalu sayangkan umatnya..
         ingatlah itu wahai aku.
        percayalah kau mampu bertahan walau apa pun rintangan
         dengan adanya Allah dalam hatimu.
        berjuanglah demi islam, lawanlah nafsumu kerana itu juga satu
          jihad di jalan ALLAH.


aku : (mengangguk)...




notes : waktu ini aku melihat semakin ramai umat manusia yang lari dari landasan islam.
          ramai yang tersasar , sesat dalam cahaya yang menerangi..sedihnya hatiku.
          saudara-saudara seagamaku, dimana kalian?
          dimana semangat penerus perjuangan Rasulullah?
          cahaya masih menyuluh tetapi mengapa kau masih tersesat?
          kembalilah kepada Allah, bacalah kalimah2 cinta yang
           Allah turunkan kepada kekasihNYA, nabi muhammad.
          kalimah-kalimah cinta itu adalh al-quran dan  itulah cahaya penyuluh hidupmu..


Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin(mendapat petunjuk).Berpeganglah dengannya  dan gigitlah ia dengan geraham.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.”Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu daud ,al-Tirmizi dengan menyatakan ia ‘hasan sahih’, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka.
 
Dalam pesan lain, baginda menyebut:
“Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak.Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak.Mereka bertanya:’Apakah puak itu wahai Rasulullah?’Jawab baginda:’Apa yang aku dan para sahabahku berada diatasnya”.Diriwayatkan oleh al Tirmizi.Hadis ini hasan.