Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, 7 May 2013

usah merasa gah dengan dunia. ianya pinjaman sementara



Situasi 1 :

Ahmad seorang jurutera yang Berjaya.hidup mewah dan kaya-raya. Ahmad terlalu sayang pada harta-hartanya, rumah besarnya dan kereta mewahnya.tidak sedikitpun di kongsikan dengan anak-anak yatim dan fakir miskin.
Satu hari, rumah mewah miliknya habis terbakar, kereta mewah miliknya terlibat dengan kemalangan.malah ahmad sendiri terbaring tidak bermaya di atas katil hospital.Allahuakbar! Allah Maha Besar.

“dan janganlah engkau berjalan dibumi ini dengan sombong. Kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung.”
(surah al-israk ayat 37)

Situasi 2 :

Qaseh baru sebulan mengikat tali pertunangan dengan orang yang teramat dia kasihi, zaid.
zaid seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab. Semasa zaid dalam perjalanan ke rumah qaseh untk membawa qaseh mencari cincin nikah mereka. Zaid terlibat dengan kemalangan yang akhirnya telah meragut nyawa zaid.
Berminggu-minggu qaseh mengurung diri dalam bilik.bukan dia tidak redha dengan ketentuan Allah, Cuma hatinya hiba, orang yang dia cintai hilang sekelip mata.


Ibu qaseh memujuk “qaseh, yang pergi biarlah pergi. Yang hidup perlu teruskan perjuangan. Jika Allah ambil sesuatu dari kita, insya’allah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Terima semuanya dengan hati terbuka ye qaseh.”

“tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu,jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada rang yang bertaubat.”
(surah al-israk ayat 27)

 

 akhirat yang kekal abadi :)


sepintas dakwah..bekalan akhirat




Mari kita lihat ayat-ayat al-Quran yang mengandung pengertian DAKWAH. Antara ayat-ayatnya ialah:

Surah 3 (Ali-Imran) ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada , menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya.”

Surah 16 (An-Nahl) ayat 125:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dari pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahuitentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Surah 9 (At-Taubah) ayat 71:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian merela menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Surah 2 (Al-Baqarah) ayat 256:
“Tidak ada paksaan untuk (memasuli) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang engkar kepada Tharut (Syaitan) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada buhul (tali) yang kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Berdasarkan kepada empat-empat ayat al-Quran ini dapatlah disimpulkan hikmahnya bahawa:

a. Dakwah bererti seruan agar mengambil kebaikan, melakukan amal ma’ruf serta mencegah serta menjauhi kemungkaran. Dapat juga didefinasikan sebagai upaya untuk mengubah manusia baik perasaan, pemikiran, tingkah lakunya dari jahiliyyah kepada Islam, atau dari yang sudah baik kepada yang lebih baik.

b. Dakwah merupakan salah satu kewajipan orang Islam baik lelaki ataupun perempuan untuk membantu orang lain meningkatkan ketaatannya kepada Allah sesuai ajaran Islam.

c. Dalam memberikan seruan atau dakwah wajib dilakukan dengan hikmah, lemah lembut dan tidak dengan paksaan, sesuai dengan konsep dasar Islam serta dakwah Rasulullah SAW sebagai contoh (uswatan hasanah) bagi umatnya.

Dengan berpedomankan (berpandukan) ayat-ayat al-Quran diatas serta Sunah Nabi Muhammad SAW, keupayaan dakwah Islamiah (penyebaran Islam kepada non-Muslim) sepatutnya dijadikan standard (uswatun hasanah) bagi umat Islam untuk melakukan kerja-kerja dakwah.

Dakwah harus dilakukan dengan penuh hikmah dan hati-hati. Agama, adat resam dan budaya mereka tidak ditentang begitu sahaja. Pendakwah (Dai’e) harus memperkenalkan keluhuran budi pekerti berdasarkan Islam, memberikan tutur kata yang sopan, lemah lembut, menghormati kepada yang lebih tua dan menyayangi semua. Tidak boleh bertindak berlebihan kerana itu sifat tercela, harus berani menjaga kebenaran agama, bersabar, tawakal kepada Allah dan jangan menyakiti sesama saudara.

tenangnya apabila mendekatimu..



Sejak kebelakangan ni aku dan kawan-kawan rajin pula menapak ke sawah padi menghirup udara segar sambil menikmati keindahan ciptaan Allah.
 
di suatu sudut. aku terlihat sekumpulan pelajar perempuan seperti
sedang membincangkan sesuatu. Di tangan masing-masing membawa senaskhah buku tebal.
Entah kenapa petang tu aku terasa ingin tahu apa sebenarnya yang 
sedang mereka bincangkan.aku mula mencuri dengar.
oh rupa-rupanya mereka sedang berkongsi-kongsi ilmu agama. Buku tebal yang mereka bawa itu adalah al-quran.

Ya Allah jahilnya aku. Malunya aku pada-MU.
facebook selalu aku buka,tapi al-quran jarang sekali aku buka.
apatah lagi untuk memahami isi kandungannya.

Sejak hari itu,aku bertekad untuk berubah.alhamdulillah aku di temukan dengan seorang kakak yang mengendalikan usrah. dia banyak membantuku. 
sering mengajakku mengikuti program-program yang berunsur islamiah
dan mengingatkan aku kepada Allah semasa aku susah dan senang.

Benarlah kata orang.”jika kita punya niat yang baik insya’allah Allah akan tunjukkan jalan.”
buktinya Allah berikan aku hidayah, Allah anugerahkan seseorang untuk menjadi teman memimpin aku ke jalan yang benar, dan kini hatiku merasa sangat tenang.syukur Alhamdulillah :) :)







FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AT-TAUBAH
AYAT 20 :
“ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH DENGAN HARTA DAN JIWA MEREKA, ADALAH LEBIH TINGGI DARJATNYA DI SISI ALLAH. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MEMPEROLEH KEMENANGAN.”


keindahan solat sunat dhuha




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat dhuha.”




NIKMAT SOLAT SUNAT DHUHA

                        
                          Tidak termasuk dalam golongan yang lalai
                          Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan
                          Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha
                           Di murahkan rezeki
                          Dipelihara oleh Allah swt
                          Di hapuskan dosa

“ Beramallah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup
 selama-lamanya.
Beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya.”

Rasulullah telah  bersabda


“ ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.”