Ayat Copyright© All Rights serve permata_ibuayah

mari sebarkan kebaikan


Uploaded with ImageShack.us

Wednesday, 10 August 2011

kisah aku dan dia

kisah aku dan dia ni mungkin bukanlah kisah yang luar biasa.
aku hanya ingin berkongsi rasa atas apa yang aku pernah alami, lihat dan dengar.
aku dan dia adalah orang yang sama tapi punya hati yang selalu berbicara dengan alunan dan rentak yang berbeza. aneh bukan..? tuan kepada aku dan dia berperang dengan perasaan sendiri..


bila hati bermonolog, jawablah dengan jawapan yang benar!
demi allah..setiap persoalan itu jawapannya ada tertulis dalam al-quran.


aku : kau tahu bagaimana rasanya cinta kepada Allah dan Rasulullah?


dia  : alhamdulillah aku tahu..


aku menundukkan wajah, berfikir untuk melanjutkan pertanyaan..ALLAH SELAMATKANLAH AKU
walau apa pun halangan. kerana aku tahu tuhan semesta alam itu hanya satu..hanya Allah!
hanya ALLAH!


aku : boleh kau pimpin aku agar aku juga merasai cinta itu?


dia  : boleh saja wahai aku.ikhlaskan hatimu ketika kau melakukan sesuatu,
        kelak kau akan rasa nikmat cinta yang kau cari itu..
        seperti yang aku pernah katakan dulu, mulakan segala-galanya dengan niat.
        niat itu terletak dimana? kau tentu tahu bukan?


aku : ya dia. tentu saja niat itu bermula dari hati. aku pernah terbaca
      
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
      
       
dia  : ya benar. adakah kamu sudah merasakan cinta itu wahai aku?


aku : .......(terdiam)


dia  : tidak mengapa, mendidik hati itu bukan dengan sepintas masa,
          bukan juga dengan sehari dua,
          tidak juga dengan kata-kata berbunga. didiklah hatimu
          dengan perlahan-lahan dan istiqamah.
          letakkan yang BERHAK dalam hatimu.. jangan biarkan
          duniawi mencerobohinya walau dengan cara halus..faham maksud tersirat ini bukan?


aku : (mengangguk) aku faham. tapi dia, bantulah aku.
           bisikkanlah aku dengan kalimah-kalimah tuhanku setiap hari.
            agar hatiku tidak malap dek kekurangan cahaya.
            tidak mati dek kehabisan minyak
             pimpin aku wahai dia. aku perlukan bantuan darimu.



bertahanlah wahai hati..
sehingga tamat riwayatmu kau bakal dapat ganjaran dari ILAHI

dia  : aku sentiasa disini kerana aku adalah kau.
         ketakutan kau juga ketakutan bagiku.
         kemenangan kau juga kemenangan bagiku.


aku : aku takut dia. aku takut. aku terlalu ingin mencintai Allah dan
           Rasulullah tapi hatiku kotor.
           aku takut..kadangkala ia berbicara hal yang tidak sepatutnya dia bicarakan.
           aku sedaya upaya melawan, sehingga kini aku masih berusaha melawan.
           dan aku harap bila sampai di penghujung hayatku..
           aku masih berdiri teguh.
           tersenyum dengan kurniaan iman dan islam.itulah doaku siang dan malam.
        
     'YA ALLAH, janganlah engkau palingkan hatiku setelah
                       engkau memberi hidayah kepadaku'


dia  : insya'allah..umat akhir zaman ni banyak dugaan dan cabarannya..
        bertahanlah. tetap bertahan dengan iman sebagai BODY GUARDMU  dan
        islam sebagai PENYELAMATMU. jangan sesekali mengalah!
        Rasulullah rindukan umatnya. Rasulullah terlalu sayangkan umatnya..
         ingatlah itu wahai aku.
        percayalah kau mampu bertahan walau apa pun rintangan
         dengan adanya Allah dalam hatimu.
        berjuanglah demi islam, lawanlah nafsumu kerana itu juga satu
          jihad di jalan ALLAH.


aku : (mengangguk)...




notes : waktu ini aku melihat semakin ramai umat manusia yang lari dari landasan islam.
          ramai yang tersasar , sesat dalam cahaya yang menerangi..sedihnya hatiku.
          saudara-saudara seagamaku, dimana kalian?
          dimana semangat penerus perjuangan Rasulullah?
          cahaya masih menyuluh tetapi mengapa kau masih tersesat?
          kembalilah kepada Allah, bacalah kalimah2 cinta yang
           Allah turunkan kepada kekasihNYA, nabi muhammad.
          kalimah-kalimah cinta itu adalh al-quran dan  itulah cahaya penyuluh hidupmu..


Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin(mendapat petunjuk).Berpeganglah dengannya  dan gigitlah ia dengan geraham.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.”Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu daud ,al-Tirmizi dengan menyatakan ia ‘hasan sahih’, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka.
 
Dalam pesan lain, baginda menyebut:
“Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak.Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak.Mereka bertanya:’Apakah puak itu wahai Rasulullah?’Jawab baginda:’Apa yang aku dan para sahabahku berada diatasnya”.Diriwayatkan oleh al Tirmizi.Hadis ini hasan.

Sunday, 7 August 2011

ADA APA PADA NAMA?

assalamualaikum..syukur alhamdulillah terbuka juga hati ana untuk update blog..

5.00 pagi : waktu bersahur..
          
 balqis, bangun sayang..jom cepat kita bersahur..balqis cepat bangun, nanti tak sempat pula

 emmm...ye,ye..bangun ni.huaaa..(menguap)

 astaghfirullah budak bertuah ni..menguap tu tutup mulut tu..berapa kali ummi nak pesan.
dah, dah pegi basuh muka cepat. ummi dengan walid tunggu kat meja makan.

ok..

(selepas 10 minit)

balqis! cepat sahur nak..buat ape lama sangat kat toilet tu?

dengan segera balqis turun tanpa menyahut panggilan umminya.

balqis..lain kali kalau ummi atau walid panggil nama kamu, jawablah panggilan tu sayang. indah nama kamu tu balqis.

balqis mengangguk tanda faham.

(selesai bersahur, sementara menunggu azan berkumandang)

walid, boleh tak kalau balqis nak tanya sesuatu?

boleh nak,ape dia?

kenapa perlu menyahut kalau ummi dan walid panggil? kenapa mesti...

anakku..tahukah kamu ape hukumnya jika ummi atau walid berkecil hati dengan sikap kamu?
anakku..bukanlah walid atau ummi marah dengan kamu.tapi walid mahu tegaskan bahawa panggilan seseorang itu kepada kamu dengan menggunakan nama yang baik2 adalah satu doa.

maafkan  balqis walid, ummi..balqis takkan buat lagi macam pagi tadi.

tidak mengapa balqis, ummi faham bagaimana payah untuk mendidik diri untuk bangun sahur. ummi juga pernah melalui usia kamu wahai anakku..
balqis..setiap kali ummi panggil nama kamu, sebenarnya ummi mendoakan kamu. adakah kamu tahu wahai anakku?

(menggeleng) balqis tak tahu ummi..maafkan balqis.

tidak mengapa anakku.walid akan terangkan maksud nama kamu dan sejarahnya.
Nabi Muhammad telah bersabda :
 “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad)
 wahai anakku balqis.nama kita akan membawa kita sampai ke hari kiamat. jika baik nama itu maka baiklah akhlak dan perlakuan kita.insya'allah.
Nabi Muhammad juga pernah bersabda :
 ‘Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya.’ (Hadis riwayat at-Tausi).
begitulah pentingnya nama wahai anakku, dengan panggilan yang baik maka lahirlah generasi yang baik.
malah Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik.

ya Allah, wahai walidku..balqis tidak tahu pun sejarah ini..terima kasih walid.
oh ya, apakah sejarah nama balqis ni ya walid?

kisahnya begini puteriku. ketika di zaman nabi sulaiman alaihissalam, ada seorang ratu yang memerintah negeri saba'. nama ratu itu ialah ratu balqis. dia memiliki kemewahan tetapi tidak mengenal tuhan yang menciptakannya..

Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

setelah itu, nabi sulaiman telah mengutuskan surat kepada ratu balqis agar ratu balqis segera bertaubat dan menyembah Allah yang satu.
tetapi ratu Balqis enggan, lalu dia menhamparkan kemewahan kepada nabi sulaiman untuk mengaburi mata nabi sulaiman. tetapi nabi utusan Allah itu berusaha lagi untuk membawa ratu balqis dan kerajaannya menyembah Allah.
sebelum ratu balqis menghadap nabi sulaiman, takhta ratu balqis telah pun berpindah. apabila ratu sulaiman memasuki istana nabi sulaiman, dia menyingkap kainnya sehingga ke betis kerana menyangka istana yang diperbuat daripada batu mar-mar kaca itu adalah air..apabila nabi sulaiman memberitahu balqis bahawa itu sebenarnya bukanlah air tetapi permukaan kaca yang jernih kerana pandangannya dikaburi oleh syaitan.
lalu ratu balqis tersedar dan akhirnya menyembah Allah ta'ala.

masya'allah walid, begitu rupanya kisah nama balqis. sungguh balqis terharu dan terpesona dengan kisah ini wahai walidku.oh jadi sekarang, barulah balqis faham setiap nama itu satu doa.
mesti seronokkan walid, jika kita memperoleh manfaat dari kebaikan nama kita.

betul puteriku, setiap nama itu terkandung hikmah dan kisah yang tersendiri.
manusia pertama yang di ciptakan Allah itu juga diberi nama. alangkah indahnya islam..
bukan itu sahaja, bahkan syurga juga diberi nama yang indah-indah..subhanallah..

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :
1. Firdaus
2. Syurga ‘Adn
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Na’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi


ciptaan Allah itu terlalu besar hikmahnya, manusia itu di ciptakan dengan sebaik-baik ciptaan
maka gunakanlah ia dengan seelok-eloknya.
manusia yang diciptakan itu mesti kenal dengan tuhan yang menciptakannya
kerana kelak kita pasti akan kembali semula.
wahai umat nabi muhammad, bangunlah dari lenamu!


subhanallah..benar walid..islam itu terlalu indah.terima kasih walid kerana memberi nama yang terbaik buat balqis..

alhamdulillah sama-sama wahai puteriku, mudah-mudahan nama ini akan membawa kekuatan dan kebaikan bagi kamu.insya'allah.

Sunday, 24 July 2011

istimewa buatmu




sabarlah wahai hati...sabarlah hati..sabarlah.
hanya dengan sifat sabar kau akan mampu terus bertahan..
air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir..
bukan setitis dua...tapi bertitis-titis..laju..
ya Allah dugaan demi dugaan datang mghampiri..ana tak kuat ya Allah.
ana lemah! ana cuba bertahan tapi ternyata ana kalah..ampunkan ana ya Allah..
ana mohon petunjukmu ya Allah...
ternyata ya Allah, ana masih sedih bila melihat muka2 orang berjaya yang bergelar doktor..ana tak mampu tahan air mata kesedihan ni ya Allah..ana tak mampu..
puas ana pujuk hati ni ya Allah,,puas ana pujuk..tapi dia masih terkilan..
masih berduka..harus macam mana lagi ana nak pujuk hati ni?? dengan cara apa lagi??
ana takut bila membayangkan masa depan ana sendiri..ana takut kalau ana tak dapat berbakti untuk anak bangsa sendiri..
kalaulah ana dapat hilangkan perasaan takut ni dlm sekelip mata.alangkah bagusnya..
tapi ana masih belum terdaya..
bila terbayang cita2 yang ana impikan sejak tadika semakin menjauh..
ana terasa macam hilang arah tuju..
ana tak tahu nak menapak di mana..ana tak tahu...ana tak tahu...
ana tak nak sesiapa pun tahu kesedihan yang ana tanggung, tapi makin ana simpan terasa semakin lemah pula..
ana tak mampu tanggung sendiri..
nak cerita dengan family takut mnyusahkan mereka..nak berkongsi dengan sahabat2 ana terasa sangat kecil..
mungkin di ruangan blog ni dapat ana luahkan sedikit..berharap kesedihan beransur pulih..

Thursday, 21 July 2011

~dugaan Allah datangnya tiada siapa yang tahu~

assalamualaikum to all readers and blogger..



semalam ana dapat call dari mak di kampung..lama dah tak pulang ke kampung halaman..
memang terasa sangat rindu. hanya Allah saja yg tahu.
perancangan untuk menyambut ramadhan di kampung halaman entah kesampaian entahkan tidak..ana
sendiri tidak pasti...

bukan niat ana tak nak balik mak. tapi saya ada urusan yang belum selesai di sini..
itulah ayat yang sering ana tuturkan..memang rasa bersalah sangat2 bila mak sering bertanya bila nk balik??
tapi bebanan di sini menghalang ana pulang, mak..maafkan ana.

bila dapat panggilan tawaran masuk ke unimap perlis, dengan jurusan yang ana tidak tahu asal-usulnya..hati jadi hiba.. air mata tak henti2 mngalir..bukan ana tidak bersyukur tapi ana manusia biasa..
hati spe yang tidak sedih tatkala impian dan cita2 terbang mghilang??
lepas 3 hari ana bersedih..akhirnya ana pasrah. redha dengan ketentuan Allah.



"takpe..mgkin rezeki nak jadi doktor tu blm ade..ade hikmah dapat kat perlis tu."
tu la kata2 pengubat dari mak

berjurai lagi air mata ana..
ana tahu betapa hampanya harapan mak dan abah nak tengok ana bergelar seorang doktor..tapi hajat tu ana tak dapat capai. masya'allah..hati ana lagi sedih..
berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul
sungguh..ana terasa longlai, tak tahu arah tujuan ana selepas ni

datang pula along..

" sekali dah melangkah, jangan pandang ke belakang. alang2 da msuk bidang kejuruteraan buat sehabis baik..Allah tentukan ni sume sebab dia tahu kau mampu lakukan. kalau kau dapat bidang yg kau nk pun tapi kalau kun fayakun Allah tu tak izinkan..kau pun tak kan dapat jd doktor"


tu lah kata2 along..x putus2 ana terime nasihat dari dia. alhamdulillah Allah bukakan pintu hati ana untuk terima kata2 semangat darinya..alhamdulillah. alhamdulillah.
perancangan Allah itu sangat hebat.sangat hebat! subhanallah.

ada lagi urusan yang belum selesai..
ana call pihak sekolah memandu untuk booking tarikh belajar memandu.
masya'allah ana di duga lagi..ana sekadar nak booking tarikh melalui telefon pun tak boleh.
ana betul2 tak faham. ana bayar mereka tapi mereka menyusahkan urusan ana.
katanya nk booking kne datang sekolah memandu tersebut~
berserabut kepala ana..satu per satu dugaan datang menguji.
memang benarlah Allah maha hebat

ana terpaksa kerja separuh hari semata-mata nk booking tarikh belajar memandu.
alhamdulillah, Allah datangkan bantuan lagi..along datang bersama ana ke sekolah memandu tersebut.
alhamdulillah walaupun kerani tersebut asyik cakap dah ade orng book..busy lah tarikh tu..dan macam2 alasan..akhirnya ana dapat gak booking tarikh yang sesuai..alhamdulillah.alhamdulillah
perancangan Allah itu sangat hebat!



petang tu pukul 4, ana ke sekolah memandu untuk belajar. bila ana sampai ke kaunter..kerani yg sama kata yang turn ana untuk belajar pukul 5..
sekali lagi ujian dari Allah..Allah maha Besar!
walaupun hujan lebat, alhamdulillah ana dapat turn pukul 4 juga..benar! Allah maha hebat!!
ana belajar memandu dengan cikgu jeremy.
sangat cool dan indah.
kerana apa ana kata ckgu tu indah??
sebab akhlak dan cara pengajarannya..ana tak terasa tension bersama dengannya selama 2 jam. alhamdulillah..alhamdulillah..
walaupun ana tak tahu memandu tapi dengan setiap patah kata2 yang ckgu tu tuturkan.
ana senang dapat tangkap ape yang dia ajarkan..
ya Allah.. ya Allah...
sepanjang 2 jam banyak! terlalu banyak ilmu yang ana dapat..syukur ya Allah.^_^
setelah bermacam-macam dugaan akhirnya muncul pelangi selepas hujan=)


ckgu jeremy ajarkan ana dengan teknik2 yang mudah dan ana tersenyum sepanjang pembelajaran.
subhanallah.hebatnya perancangan Allah..
alhamdulillah masa praktical, kereta asyik mengaum macam unta dan mati2..
tapi untuk kali kedua, semuanya bertambah baik..terima kasih ya Allah.

YA ALLAH....permudahkanlah segala urusanku didunia dan di akhirat.
dan berikan aku kesabaran dalam menghadapi setiap dugaanmu ya RABB..

Tuesday, 12 July 2011

siapa aku pada pandanganmu?

alhamdulillah hillaziahyanabakdama amatanawailaihinnusyur...
ALHAMDULILLAH...aku masih diberi peluang lagi hari ni
seusai solat dan bersarapan, zinnirah mencapai laptop kesayangannya..
lamenye aku tak bukak blog aku..huhu rindulah plak..desis hati kecilnya smbil bibirnya menguntum senyuman

lantas zinnirah menekan kotak2 kecil pada lappynya..hatinya berbunga riang tatkala membuka email dan fesbuknya..
hari-hari berlalu hanya fesbuk insan itu yang dilihatnya..walaupun hanya sekadar melihat tetapi dia tahu insan itu bukan miliknya..senyuman dibibir bertukar hambar.."kalaulah dia tahu..."
entah kenapa hati wanitanya bagai ditarik-tarik untuk mengenali insan itu..
seingat dia baru beberapa kali sahaja lelaki itu berchatting dengannya..
hati..oh hati..kenapa dengan kau? bisik zinnirah sendirian..

sambil dia merenung fesbuk hamba allah tu..terimbau kenangan usik-mengusik antara dia dan lelaki tu..
zinnirah ni comel kan..baik..lembut..
untungnya sape yang dapat zinnirah..
itulah kata2 hamba allah yang sedikit-sebanyak telah mengusik hatinya..

mne ade, zinnirah ni biase2 je lah..aqil lagi comel! usikku pula membalas usikan..
sungguh ya Allah, aku rindukannya..hatinya berbisik lagi..zinnirah melepaskan keluhan kecil
bahagia yang di idamkan hanya sebentar..
cuma bertahan 2 minggu.


petang tu dia chat lagi dgn aqil..nadanya seperti selalu..masih berjenaka.
sampailah aqil menuturkan hajat sebenarnya..entah kenapa hatiku terasa sesuatu..
"zinnirah, maafkan aqil..dan lupakan aqil"
luruh hati tatkala membaca patah2 perkataan itu di ruangan gmailnya..
"kenapa ni aqil? ape salah zinnirah?..."
" tak...zinnirah tak salah, tapi aqil yang salah.."
"kenapa aqil cakap camtu? zinnirah x faham"
" zinnirah..aqil minta maaf..harap zinnirah dapat lupakan aqil yang teruk ni. aqil tak nak rosakkan zinnirah."
" tak nak dan tak kan!"
" zinnirah..tolonglah. aqil merayu pada zinnirah."
" ape salah zinnirah? aqil bgtau lah.."
" zinnirah tak salah. cume aqil tak nak ganggu iman dan takwa zinnirah.."
entah kenapa..hatinya terasa macam di gunting2, disiat2..zinnirah langsung tak dapat terima ape yang dikatakan oleh aqil..baginya terlalu mustahil untuk dia lupakan lelaki itu..

sebelah malam, zinnirah buka gmailnya lagi..ade inbox dari aqil
" zinnirah, maafkan aqil..tapi demi menjaga iman dan takwa kita. aqil rasa ini cara yang terbaik"
ya Allah...sakitnya waktu tu..hanya engkau yang tahu ya Allah..hanya engkau.
lappy terus ditamatkan riwayatnya..fikirnya waktu itu hanya satu.
bersujud pada Allah..ya bertemu yang Maha Esa!
matanya gagal dipejamkan..badan terasa panas seperti mahu demam..jam hanset dikerling sekilas.
2 pagi..aku masih tak lelapkan mata!
emmm benarlah kata HM Tuah Iskandar
"hati yang tidak bahagia, sukar menerima kenyataan adelah penyebab sukar untuk melelapkan mata"
hati kecilnya berkata sendirian..mutiara2 bertakungan di kelopak mata, tunggu saat untuk menitis ke bantal..
ampunkan aku ya Allah, aku salah menilai kasih sayang yang diberikan padaku..maafkan aku ya Allah.

hampir seminggu keadaan zinnirah begitu..
banyak termenung, berdiam diri, tanya berjela-jela hanya sepatah yang dijawab..
waktu tu hanya Allah saje yang tahu betapa terlukanya hati itu..hanya DIA yang mendengar esak tangisnya

kini, hari ini zinnirah tahu. aqil bertindak begitu untuk menjaga iman dan takwanya.
" aqil tidak mahu menagih kasih manusia yang bersifat sementara, hatinya tidak tenteram dengan kehadiranku.
ya ! aku yakin, cinta Allah pasti melindungi aqil ".bisik zinnirah lagi, cuba memberi semangat pada dirinya.

biarlah aku mencintainya dalam diam. andai suatu hari nanti dia memang tercipta untukku. aku pasti kita akn bertemu..terima kasih kerana mengajarku erti iman dan takwa..teima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku mengenali insan seperti dia..walaupun hanya sekejap tapi amat terasa di hati..
kau lindungi dia ya Allah. tetapkan hatinya untuk memperjuangkan agamaMU, kau tiupkan semangat saat dia lemah ya Allah..bantulah dia sewaktu dia hampir rebah ya Allah..
zinnirah berdoa di dalam hati..

insya'allah kita pasti akan bertemu nanti jika di izinkan Allah..



biarlah cinta kita menjadi sejarah seperti kisah cinta salman al-farisi
asalkan cinta kita pada Maha Pencipta kita terus subur indah mewangi..
sesungguhnya ALLAH lagi mengetahui ape yang terbaik buat kita.
biarlah zinnirah menjadi buta di dunia tapi hatinya tidak buta dalam mencari keredhaan Allah..
ya! aku tekad..zinnirah mesti kuat !! cinta Allah perlu di utamakan..
zinnirah harus bangit dan bersemangat demi islam tercinta..

mencintai Allah itu adalah sebaik-baik cinta =)
miliki cinta Allah lebih utama..
uhibbuki fillah abadan abada fi dunya wal akhirah ! kata-kata ini lebih layak untuk Maha Pencipta yang mengurniakan cinta..
alhamdulillah, syukran Ya Allah !

Monday, 11 July 2011

kerana kasih sayang itulah..




" ibu..ibu..kenapa adik lahir kat dunia ni bu? "

" ayah, kenapa ayh asyik balik lambat je? "

" abang...kenapa ibu asyik marah kita kalau kita buat salah? "

" kan cikgu dah pesan! berapa byk kali ckgu nak ckp dgn awk ni ek? "

saudara, saudari seagama saya..pernah tak pertanyaan2 begini wujud atau terkeluar dari bibir kamu?
pernah tak kita rasa betapa bencinya bila di marah, diherdik dan di perli?
tahu tak kita knp kita dimarah? pernah terfikir tak knp kita sering dicabar?
mesti ade sebabnye kan...
mari saya bawa pembaca2 sume dgn kisah ni..

"ayah..kenapa ayah balik lambat? tadi adik tunggu ayah kat bawah pokok sbb pagi tadi lps ayah hantar adik gi sekolah..ayah janji nak amek adik. tapi adik tunggu lame..lame sgt ayah..ayah x datang pun..knp ayah? ayah jwb lah knp?"

"smlm hari terbuka kat sekolah adik..ayah jnji nak datang amek kptusan pekse adik..adik tgu ayah dari awal pagi smpai petang. sume kawan2 adik mak yah diorang dah datang..tapi adik..xde spe nk tgk kptusan adik.knp ayah?"

"dulu ayah selalu pesan kat adik. belajar betul2 nanti ayah datang tapi..ayah  x datang..ayah x syg adik ke yah?"

"ayah............ayah ingat tak dulu mse adik nakal tak nak dgr ckp ayah. ayah pukul adik dgn tali pinggang ayah. mse tu adik takut sgt yah..muka ayah merah padam. adik tahu ayah marah sgt dgn adik..adik minta ampun ayah."
tapi skrg adik dah rajin bljr. adik dapat nombor satu yah..tapi xde sape datang jemput adik..mane ayah? adik nak ayah.....!!"

raungan dan tangisan tu hanya pohon2 rendang yang mendengar, hanya angin lalu saje yang menyapa..
tanah kubur itu masih merah..adik menangis tersedu-sedan depan pusara ayahnya..
dia hanya mampu menangis. dia hanya mampu merintih tapi hanya batu nisan di depannya..
dulu dia selalu x nak dengar cakap ayah. selalu melawan..persoalkan kenapa ayah begitu..kenapa ayah begini..tapi kini persoalan itu sudah terjawab lps dia ditinggalkan ayah tercinta


petang tu angin kuat, tingkap terbuka luas..potret ayah jatuh..kaca frame pecah berderai
petang selepas dia kembali dari sekolah, ramai orang di rumahnya..
hati adik mula gelisah, berdebar2..ya Allah..kenapa ni? soalnya dlm hati
sayup kedengaran esak tangis ibu di ruang tamu..
adik..ayah dah takde..hanya itu yang lekat dlm ingatannya..hanya itu..dan air mata mula mengalir
lencun baju sekolah yang dipakainya waktu tu..
ya Allah dugaan apekah ini ya Allah? kenapa msti ayahku ya Allah? aku sayangkan dia!

lepas seminggu ibu pula pergi..aku tiada teman..
ayah..adik sendiri ayah..temankan adik..adik rindukan ayah dan ibu..
akak kata sblum ayah pergi kerja pagi tu..ayah ade tinggalkan pesan untuk adik.

"dik..ayah pesan, jangan nakal2 lagi. ayah pukul dan marah adik selama ni sbb ayah sayangkan adik."
bercucuran lagi air mataku..

" ayh minta maaf x datang amek adik sbb ayah cari rezeki lebih untuk kita sekeluarga..dik, ayah kata..ayah sayangkan adik dan keluarga kita sbb tu ayah tegas.. sbb kasih sayang yang tak terhingga lah ayah didik kita dik..hanya sbb tu dik.."
akak tak mampu teruskan kata2nya kerana matanya juga bertakungan dengan butiran mutiara. berkaca-kaca hanya tunggu menitis kebumi.

hidup kita tidak ubah seperti daun..bila tiba masa pasti gugur ke tanah..
ayah, adik tahu skrg, knp ayah marah2 adik..adik tahu ayah. adik dah tahu..
adik minta maaf ayah. adik minta maaf..!
kata2 itu hanya tersekat di kerongkongnya..kini dia sendiri..

sahabatku.....kalau kita dimarah, dibenci..tidak mengapa..kerana apabia kita di marah, itu tandanya dia sayangkan kita. dia msh hiraukan kita.
kalau kita dibenci..ketahuilah bahawa kita selalu di fikiran orang yang membenci kita tu..
walaupun kita tidak mendapat tempat di hatinya..sekurang-kurangnya kita masih mendapat tempat di fikirannya..
la tahzan..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!

Thursday, 7 July 2011

memang allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah....


Hanya Dengan Mendekati ALLAH, Hati Kita Akan Menjadi Tenang..

 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
 memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita sedar bahawa, kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah Supaya kita sedar bahawa Allah maha pemurah dan penyayang,
Kerana mengingatkan kita bahawa Dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
Dan kehidupan kita pada masa depan
 Memanglah Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah Supaya kita dapat mengutip pengalaman Yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, Supaya kita dapat menjadi manusia yang hebat jiwanya.
 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, Supaya kita lebih faham bahawa cintanya yang terbaik hanya ada bersama Allah